KUALA LUMPUR, 5 FEB 2010: Baru saja dikenali sebagaipelakon filem dan drama, penyanyi lagu Menanti, Mila Jirin secaratiba-tiba menyatakan hasrat mahu bersara dalam dunia lakonan padasidang media malam gala tayangan filem Jumbo Gajah Biru II yangmenggunakan suaranya bersama Akim, di GSC Mid Valley, malam tadi.
Kenyataantersebut seolah-olah membayangkan Mila fobia dengan apa yang terjaditerhadap barisan pelakon dan produksi filem Lu Pikir Lah Sendiri DeMovie yang mulanya diminati sehingga berubah jadi kontroversi.
Menjawabpertanyaan itu, Mila menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak mahuberlakon langsung tetapi mahu berehat seketika dalam dunia lakonan padatahun ini.
"Kalau boleh Mila nak fokus pada album baru Mila yangdijangka keluar pada Jun ini. Terus-terang, ia tidak ada kena mengenadengan apa yang terjadi pada Nabil.
"Setakat ini, Mila belumlagi terima mana-mana tawaran berlakon. Insya-Allah, Mila bakalberlakon untuk drama Kau dan Aku musim kedua tak lama lagi. Itu punkalau jadi ikut jadual," ujarnya.
Ditanya tentang pandangannyaterhadap situasi Nabil, Mila yang menjadi pelakon pembantu dalam filemtersebut terkejut dan tidak sangka perkara sebegini melarat sehinggamenjadi kes saman.
"Secara peribadi, Mila tak mahu komen lebihterhadap Nabil dan kak Aminah Rapoor. Mila cuma berharap pihak SDAFPicture boleh selesaikan dengan cara baik. Sejujurnya, Mila tak tahudan mungkin mereka (SDAF dan Nabil) ada alasan tersendiri dengan apayang terjadi.
"Jika dalam kontrak, Mila sepatutnya mengikuti 2promosi tetapi Mila ambil peluang ini untuk menonjolkan diri Mila danmenyertai hampir 5 lokasi promosi di seluruh negara," jelasnya.
Adakah Mila serik jika ditawarkan berlakon oleh SDAF?
"BagiMila, apa yang baik jadikan teladan dan buruk jadikan sempadan.Kebiasaannya, bila Mila terima sesuatu tawaran, Mila akan selidiki dulujalan cerita dan skrip. Sekiranya sesuai, barulah Mila terima," katanya.
Sementaraitu, sungguhpun Mila kerap dipilih bergandingan dengan Akim tidakkiralah dalam filem, drama dan lagu, gadis yang menafikan syarikatnyaitu tutup tidak pernah tercuit untuk menjadikan Akim kekasihnya.
"Milatakkan bercinta dengan Akim. Dia masih lagi budak-budak. Namun, kalaukena gosip dengan VIP, Mila rasa lebih perit dan takut. Tentang ceritasyarikat produksi Mila sudah lingkup pula, itu hanyalah fitnahsemata-mata.
"Kalau tutup, macam mana pula ada perancangan nakbuat album dan keluar dengan lagu baru," kata Mila yang menggunakan 3 lagu nukilan Aidit Alfian dalam album terbarunya nanti.
No comments:
Post a Comment