Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Saturday, April 10, 2010

Mila benci perokok


Mila benci perokok
(kosmo online)

PERNAH digelar 'Permaisuri AF' kerana menjadi peserta wanita pertama yang menjulang trofi juara Akademi Fantasia setelah program realiti TV itu masuk musim kelima, kini Mila semakin yakin untuk mentadbir wilayah muziknya.

Bertahun-tahun duduk di bawah naungan pihak lain, pertama Maestro, kemudiannya Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), April 2010 menghadirkan episod baru dalam layar perjalanan Mila sebagai anak seni.


Tidak menyambung kontraknya dengan AESB, Mila bergerak sendiri di bawah syarikat miliknya, LuvMila Corperation. Bakal masuk studio 28 April nanti untuk rakaman single pertama untuk album keduanya, Mila juga dalam perkiraan melebarkan sayap syarikat untuk menjalankan bisnes muat turun lagu.

Dalam masa yang sama, tanggungjawab kepada masyarakat tidak dilupakan. Sedang melibatkan diri dengan Kempen I Knew bersama Kotex, Mila juga antara artis yang menyokong kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia. - TENGKU SUZANA RAJA HAMAT

Kau Dan Aku Episod 24 (04/04/10)


Kau Dan Aku Episod 24 (04/04/10)

Part I

Part II

Part III

Part IV

Part V

Kau Dan Aku Episod 23 (27/03/10)


Kau Dan Aku Episod 23 (27/03/10)

Part I

Part II

Part III

Part IV

Kau Dan Aku Episod 22 (20/03/10)


Kau Dan Aku Episod 22 (20/03/10)

Part I

Part II

Part III

Part IV

Part V

Kau Dan Aku Episod 21 (13/03/10)


Kau Dan Aku Episod 21 (13/03/10)

Part I

Part II

Part III

Part IV

Part V

Part VI

Kau Dan Aku Episod 20 (6/03/10)


Kau Dan Aku Episod 20 (6/03/10)

Part I

Part II

Part III

Part IV

Part V

Kau Dan Aku Episod 19 (27/02/10)


Kau Dan Aku Episod 19 (27/02/10)

Part I

Part II

Part III

Part IV

Part V

Part VI

Sunday, March 14, 2010

Mila @ SuriaFM Rancak Tour, KluangMall Johor


Mila @ SuriaFM Rancak Tour, KluangMall Johor

(kredit procompsognathus737@youtube)






Friday, March 5, 2010

Jumbo Gajah Biru

Jumbo Gajah Biru
(diambil dari faizhi92@youtube)



Mila Nafi Syarikat Produksinya Lingkup!


Mila Nafi Syarikat Produksinya Lingkup!
(diambil dari murai.com.my)


KUALA LUMPUR, 5 FEB 2010: Baru saja dikenali sebagaipelakon filem dan drama, penyanyi lagu Menanti, Mila Jirin secaratiba-tiba menyatakan hasrat mahu bersara dalam dunia lakonan padasidang media malam gala tayangan filem Jumbo Gajah Biru II yangmenggunakan suaranya bersama Akim, di GSC Mid Valley, malam tadi.

Kenyataantersebut seolah-olah membayangkan Mila fobia dengan apa yang terjaditerhadap barisan pelakon dan produksi filem Lu Pikir Lah Sendiri DeMovie yang mulanya diminati sehingga berubah jadi kontroversi.

Menjawabpertanyaan itu, Mila menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak mahuberlakon langsung tetapi mahu berehat seketika dalam dunia lakonan padatahun ini.

"Kalau boleh Mila nak fokus pada album baru Mila yangdijangka keluar pada Jun ini. Terus-terang, ia tidak ada kena mengenadengan apa yang terjadi pada Nabil.

"Setakat ini, Mila belumlagi terima mana-mana tawaran berlakon. Insya-Allah, Mila bakalberlakon untuk drama Kau dan Aku musim kedua tak lama lagi. Itu punkalau jadi ikut jadual," ujarnya.

Ditanya tentang pandangannyaterhadap situasi Nabil, Mila yang menjadi pelakon pembantu dalam filemtersebut terkejut dan tidak sangka perkara sebegini melarat sehinggamenjadi kes saman.

"Secara peribadi, Mila tak mahu komen lebihterhadap Nabil dan kak Aminah Rapoor. Mila cuma berharap pihak SDAFPicture boleh selesaikan dengan cara baik. Sejujurnya, Mila tak tahudan mungkin mereka (SDAF dan Nabil) ada alasan tersendiri dengan apayang terjadi.

"Jika dalam kontrak, Mila sepatutnya mengikuti 2promosi tetapi Mila ambil peluang ini untuk menonjolkan diri Mila danmenyertai hampir 5 lokasi promosi di seluruh negara," jelasnya.

Adakah Mila serik jika ditawarkan berlakon oleh SDAF?

"BagiMila, apa yang baik jadikan teladan dan buruk jadikan sempadan.Kebiasaannya, bila Mila terima sesuatu tawaran, Mila akan selidiki dulujalan cerita dan skrip. Sekiranya sesuai, barulah Mila terima," katanya.

Sementaraitu, sungguhpun Mila kerap dipilih bergandingan dengan Akim tidakkiralah dalam filem, drama dan lagu, gadis yang menafikan syarikatnyaitu tutup tidak pernah tercuit untuk menjadikan Akim kekasihnya.

"Milatakkan bercinta dengan Akim. Dia masih lagi budak-budak. Namun, kalaukena gosip dengan VIP, Mila rasa lebih perit dan takut. Tentang ceritasyarikat produksi Mila sudah lingkup pula, itu hanyalah fitnahsemata-mata.

"Kalau tutup, macam mana pula ada perancangan nakbuat album dan keluar dengan lagu baru," kata Mila yang menggunakan 3 lagu nukilan Aidit Alfian dalam album terbarunya nanti.

Thursday, February 25, 2010

Kau Dan Aku Episod 19 : Anita Cemburu Asraf Suka Mila


Kau Dan Aku Episod 19 : Anita Cemburu Asraf Suka Mila
(Kredit murai.com.my)

Anita cemburu apabila melihat Asraf mula memberi perhatian kepada Mila.Keadan ini mengakibatkan mereka sering bertengkar dan Asraf mula engganmelayan karenah Anita. Noni akhirnya memberitahu Aril tentang hubunganrapat Asraf dan Mila, namun Aril tidak percaya sebaliknya beranggapansikap Anita sekarang hanyalah berpunca dari perasaan cemburu keranaAsraf dan Mila digandingkan.

Hubungan Akim dan Mila turutmengalami masalah kerana mereka kini sering bertengkar kerana perkarayang sama iaitu keakraban Mila dan Asraf. Mila menuduh Akim terlalubersifat cemburu dan Akim seharusnya tidak harus cemburu kerana Miladan Asraf hanyalah bergandingan untuk membuat persembahan.

Noniyang kini teman rapat Mila, menggunakan kesempatan ini untuk menjadibatu api dengan cara yang halus. Noni menerangkan yang Akim sememangnyaberperangai kebudak-budakan dan sering memaksa. Dan perkara inilah yangmenyebabkan Noni dan Akim berpisah suatu ketika dahulu. Mila termakankata-kata Noni itu dan dia mula cemas.

Sementara itu, Farishmendapat tahu bahawa Puan Luthfia pernah menjalin hubungan dengan EncikHafiz sewaktu menuntut universiti dahulu. Ini menyebabkan Farishtiba-tiba teruja untuk menjodohkan mereka kembali kerana padanya,mereka berdua sememangnya sepadan. Apatah lagi Encik Hafiz kini adalahduda dan Puan Luthfia telah lama berpisah dengan suaminya. Farishkemudian bersepakat dengan Akim dan Ali untuk membuat kejutan pada hariulangtahun Puan Luthfia yang kebetulan tiba tidak lama lagi.

Rizalpula dalam diam, mengakui jauh di sudut hatinya, dia tertarik denganPuan Norah. Cuam dia tidak berani untuk meluahkan perasaannya keranastatus dan imej Puan Norah sendiri. Namun hatinya sedikit berbungaapabila Puan Norah telah mula memberi petanda yang dia turut sukakepada Rizal.

Hari jadi Puan Luthfia pun tiba, dan majliskesyukuran kecil-kecilan diadakan di rumahnya sendiri dan dihadirisebahagian pelajar-pelajarnya. Rizal, Puan Norah dan Puan Linda jugadiundang dan masing-masing ceria berbual antara satu sama lain.Sepanjang majlis, Jamal dan Ali masing-masing cuba mendekati Fitri.Ketika inilah Jamal menyedari bahawa Ali bukannya cuba membantu diamendekati Fitri, sebaliknya Ali mengambil kesempatan ini untukkepentingan sendiri. Lalu berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Padamasa yang sama, Akim dan Mila bertengkar lagi di rumah Puan Lufhtia. Mila Sedih dengan perkara ini lalu mengasingkan diri. Ketika inilahAsraf datang menghiburkannya.

Konsert Mini Kau Dan Aku

Kau Dan Aku Episod 18 (20/02/10)


Kau Dan Aku Episod 18 (20/02/10)
(kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Part VI


Sedutan Episod 19

Muzik Video Kau & Aku - Mila & Akim


Muzik Video Kau & Aku - Mila & Akim
(Layar2009@youtube)

Mila Harap Tuah Lagu Seberang

Mila Harap Tuah Lagu Seberang
(gua.com.my)

Penyanyi kecil molek, Nursyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila sudah agak lama tidak muncul dengan album studio terbaru.

Walau bagaimanapun, gadis yang cukup popular melalui lagu "Persis Mutiara" serta "Aku Lebih Tahu" ini bernasib baik kerana kebanyakan lagu-lagu yang terkandung di dalam album sulungnya berjaya menambat hati para peminat.

Ditambah dengan drama bersiri lakonannya, 'Kau Dan Aku' yang semakin mendapat tempat di hati peminat, membuatkan nama Mila terus bernafas dalam industri seni tempatan.

Mengakui kepentingan lagu-lagu baru untuk meneruskan kerjaya seninya, Mila ketika ditemui baru-baru ini memberitahu dia kini sedang sibuk mengumpulkan material untuk dimuatkan di dalam album keduanya.

"Setakat ini saya sudah ada tiga buah lagu dan sedang menanti tiga buah lagi lagu baru. Saya bercadang untuk memuatkan lima atau enam buah lagu sahaja di dalam album tersebut.

"Sehingga kini lagu-lagu yang sudah pasti akan dimuatkan ialah "Bla Bla Bla", ciptaan kumpulan Matta dan "Siapa Tak Perlu Cinta", ciptaan komposer Indonesia, Richard Kyoto.

"Kedua-dua lagu tersebut telah saya rakamkan di Indonesia tetapi perlu dirakamkan semula di Malaysia kerana susunan muziknya perlu diubah agar lebih serasi dengan pendengar di Malaysia," ujarnya ceria.

Ditanya apa perlunya lagu-lagu komposer Indonesia dimuatkan di dalam album tersebut, anak kelahiran Pulau Mutiara ini memberitahu, kedua-dua lagu itu sudah agak lama diperap cuma belum dirakamkan kerana terdapat beberapa masalah yang tidak mampu dielakkan.

"Bila saya mendapatkan lagu komposer Indonesia, itu bukan bermakna saya mengagung-agungkan lagu-lagu luar dan meminggirkan lagu-lagu komposer tempatan.

"Buktinya di dalam album saya ini, terdapat tiga buah lagu ciptaan Aidit Alfian yang akan bekerjasama dengan Ad Samad. Cuma sehingga kini saya masih menantikan lagu-lagu tersebut. Saya yakin dalam masa terdekat lagu-lagu itu akan saya perolehi," katanya.

Diusik dengan persoalan mengenai lagu-lagu ciptaan Aidit yang sangat sinonim dengan penyanyi remaja Elyana, bekas juara Akademi Fantasia musim kelima ini tidak menafikannya.

Namun, Mila yang sebelum ini pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Ebi AF, optimis dengan kebolehan Aidit untuk menghasilkan lagu-lagu yang lari daripada imej Elyana dan dalam masa yang sama berupaya menonjolkan kekuatan vokalnya.

"Saya menghasilkan album kedua ini atas inisiatif sendiri. Semua perbelanjaan di tanggung oleh syarikat saya iaitu LuvMILA Corporation. Saya percaya dengan hanya adanya lagu-lagu baru, saya boleh terus bertahan dan pergi lebih jauh.

"Oleh sebab itu, saya tidak lokek untuk mengeluarkan bajet demi meneruskan kesinambungan kerjaya nyanyian saya. Sehingga kini kos keseluruhan belum tahu lagi namun ianya memakan belanja sehingga puluhan ribu ringgit. Namun saya puas kerana album ini seratus peratus citarasa Mila.

"Kalau tiada masalah, album ini akan memulakan proses rakaman pada bulan Mac ini dan dijangka akan berada di pasaran pada bulan Jun. Saya menetapkan pada bulan April, single pertama saya akan mula diputarkan di corong-corong radio," ujarnya yang begitu teruja bercerita mengenai album berkonsepkan pop rock itu.

Rehat dari dunia lakonan

Diusik dengan persoalan mengenai cinta, Mila segera menjawab sehingga kini masih belum ada cinta yang wujud di hatinya.

Katanya, usianya yang baru menjejak 22 tahun masih terlalu muda untuk memikirkan soal pasangan hidup. Ketika ini apa yang berada di dalam sanubarinya hanyalah mahu fokus dengan proses pembikinan album terbarunya.

"Demi untuk memastikan album ini berjaya, saya berehat sebentar daripada dunia lakonan. Saya mengakui berlakon memang memenatkan berbanding menyanyi kerana perlu berada lama di lokasi.

"Namun pengalaman ketika berlakon memang sukar untuk dilupakan. Buat masa ini cukuplah dulu dengan drama 'Kau Dan Aku' dan filem 'Lu Fikirlah Sendiri'.

"Memang saya ada menerima beberapa tawaran berlakon drama termasuklah sebuah filem, namun watak yang diberikan terlalu berat dan saya merasakan saya belum cukup bersedia untuk melakonkan watak sebegitu," ujarnya tenang.

Mahu jadi usahawan berjaya

Dalam pertamuan itu juga, Mila menyatakan bahawa dia kini sedang giat untuk mengembangkan syarikat miliknya. Selain memiliki LuvMILA Corporation, Mila turut mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan dengan tertubuhnya LuvMILA Talent & Entertainment yang akan menguruskan aktiviti seninya serta menjalankan aktiviti yang berkaitan hiburan dan bakat.

Katanya, kedua-dua syarikat yang ditubuhkannya itu adalah sebagai bekalan pada masa depan di samping sebagai batu loncatan untuk menjadi usahawan berjaya pada masa yang akan datang.

"Sekarang syarikat saya sedang menjalankan perbincangan dengan satu pihak yang berminat untuk mengeluarkan satu produk remaja. Namun buat masa ini saya belum boleh umumkan kerana segalanya masih di dalam tahap perbincangan.

"Bukannya apa, untuk mengeluarkan produk sebegini, ianya memerlukan bajet yang agak besar. Apa yang penting bagi saya ialah cara produk tersebut dipromosikan. Selain itu, ada juga beberapa produk yang mahu mengambil saya sebagai duta produk," katanya yang sehingga kini masih menjadi duta makanan ringan Coco Pie.

Thursday, February 18, 2010

Kau Dan Aku Episod 17 (13/02/10)


Kau Dan Aku Episod 17 (13/02/10)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Sedutan Episod 18


Mila @ HotFM (17 Feb 2010)


Mila @ HotFM (17 Feb 2010)

(Kredit Facebook HotFM)














Friday, February 12, 2010

Da VOM & UCM menonton Lu Pikirlah Sendiri bersama Mila


Da VOM & UCM menonton Lu Pikirlah Sendiri bersama Mila

11 Februari 2010 | GSC Midvalley Megamall | 9 malam

Da VOM telah menganjurkan tengok wayang beramai2 bersama Mila, Lu Pikirlah Sendiri the Movie di GSC Midvalley Megamall pukul 9 malam, 11 Feb 2010. Seramai 50 fans dari Da VOM dan UCM (United Community Malaysia) dan rakan2 lain telah turut serta. Seorang artis UCM juga turut hadir iaitu Nur Fatima. Kehadiran Mila juga ditemani keluarganya dan manager, Ailis. Terima kasih pada semua yang hadir!







gambar selebihnya di Facebook Fanpage Mila Jirin


Thursday, February 11, 2010

Kau Dan Aku Episod 16 (6/02/10)


Kau Dan Aku Episod 16 (6/02/10)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Media Hiburan 06-12 Februari 2010

Media Hiburan 06-12 Februari 2010
(Kredit Seraiwangi Milanians @ cari.com)




Nantikan di Pawagam 11 Mac : Jumbo Gajah Biru


Jumbo Gajah Biru
(Diambil dari www.budiey.com)

Synopsis

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? Temui jawapannya dalam “Jumbo Gajah Biru” yang akan menemui anda di panggung tidak lama lagi.

Bila?
Bermula pada 11 Mac 2010

Genre?
Animasi, Hiburan Keluarga, Pengembaraan

Siapa?

Pengarah :
Taweelarp Sriwootiwongse

Alih suara :
Akim & Mila (Akademi Fantasia)

Bahasa:
Bahasa Melayu (Bahasa)

Durasi:
Anggaran 92 mins

Laman Web Rasmi:
www.khankluay.com



Friday, February 5, 2010

Konsert Ambang 1 sempena Hari Wilayah


Konsert Ambang 1 sempena Hari Wilayah
(Facebook Fanpage Mila Jirin)











Untuk gambar selebihnya sila ke Fanpage Mila Jirin :)

Kau Dan Aku Episod 15 (30/01/10)

Kau Dan Aku Episod 15 (30/01/10)
(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Thursday, January 28, 2010

Nyanyi guna mikrofon sendiri


Nyanyi guna mikrofon sendiri
(Kredit Kosmo.com.my)


JIKA perbandingan dibuat antara juara program realiti TV, Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Nor Syarmilla Jirin atau lebih mesra dengan panggilan Mila dengan pelakon Puteri Sarah Liyana dari segi nilai komersial, sudah pasti nama Mila lebih ke depan.

Ini kerana merujuk kepada populariti dan pendedahan kepada umum, Mila ternyata melebihi Puteri Sarah.

Namun, apabila Mila yang muncul dalam hanya beberapa adegan filem Lu Pikirla Sendiri De Movie dijadikan penghias poster filem itu, bukan fakta tersebut yang bermain di fikiran Puteri Sarah.

Puteri Sarah yang tampil membuat kenyataan media baru-baru ini mempersoalkan kenapa hanya Mila yang diberikan penghormatan menghiasi poster tersebut bersama hero filem itu, Nabil, sedangkan Puteri Sarah yang sebenarnya heroin Lu Pikirla Sendiri De Movie.

Justeru apa agaknya hujah Mila dalam mengulas mengenai perkara itu? "Puteri Sarah Liyana tidak pernah cakap apa-apa mengenai poster (Lu Pikirla Sendiri De Movie) itu kepada saya. Namun, setahu Mila, gambar Mila diletakkan sebagai penghias poster kerana faktor promosi.

"Itu adalah strategi pemasaran kerana orang ramai akan tertanya-tanya siapa heroin filem itu. Mungkin orang akan keliru tetapi itu adalah elemen kejutan yang diinginkan," ujar Mila, ringkas tapi padat.

Jika dikira, Mila sebenarnya baru tiga tahun bergiat sebagai artis selepas dijulang sebagai juara AF5. Walaupun belum diklasifikasikan sebagai antara penyanyi terhebat negara, Mila dilihat mempunyai potensi untuk berada di tahap itu pada masa akan datang.

Menariknya dalam jangkamasa pendek itu, Mila sudah berupaya memiliki mikrofon sendiri. Diakui mempunyai mikrofon sendiri bukannya satu isu yang perlu diperbesarkan. Cuma tidak ramai penyanyi negara kita yang 'mampu' memilikinya kerana mikrofon juga boleh dianggap sebagai salah satu item mewah.

"Seperti pemuzik, mereka mempunyai alat muzik sendiri. Jadi sebagai penyanyi, tidak salah jika saya memiliki mikrofon sendiri. Itu adalah atas usaha saya sendiri. Selama tiga tahun saya bekerja, saya kumpul wang untuk membeli mikrofon tersebut," ujar Mila ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Tidak mahu menyatakan harga mikrofon itu, Mila menyatakan penggunaan mikrofon sendiri juga kerana aspek kebersihan diri. Selain itu, Mila membeli mikrofon itu di Singapura untuk dijadikan hadiah kepada dirinya sendiri.

"Menyanyi dengan mikrofon sendiri dapat memberikan kepuasan berbeza. Tapi saya tidak menggunakannya di semua tempat. Hanya pada sesetengah acara sahaja saya menggunakan mikrofon sendiri," ujar penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu.

Bagi Mila, 23, memiliki mikrofon sendiri juga bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk tetapi ia satu pelaburan. Ia juga tidak mempunyai kaitan dengan lontaran vokal Mila.

"Sama sahaja suara saya apabila menggunakan mikrofon sendiri atau tidak. Cuma bila ada mikrofon sendiri, saya tidak perlu menggubah mikrofon itu mengikut vokal saya selalu."

Populariti Kau dan Aku

Pertama kali muncul dalam drama, Mila bersyukur kerana siri muzikal Kau dan Aku yang sedang ditayangkan di Astro Ria menerima sambutan baik daripada penonton. Drama sebanyak 26 episod itu pada Mila juga sedikit sebanyak membantu karier nyanyiannya.

"Menurut pihak Astro, pengikut drama itu semakin meningkat. Ini bermaksud siri muzikal semakin boleh diterima penonton bukan seperti yang disangkakan sebelum itu. Menariknya, semasa saya membuat persembahan, ramai orang yang meminta saya menyampaikan lagu dari drama itu.

"Ada juga peminat yang bertanya saya mengenai pengakhiran cerita itu. Ada yang menegur dan ada yang memuji tetapi saya tidak kisah kerana ini bermakna mereka memberi perhatian terhadap drama itu," tambah Mila yang masih sibuk menjalankan promosi Kau dan Aku.

Selain sibuk dengan drama itu, peminat juga bakal menyaksikan Mila dalam filem pertamanya, Lu Pikirla Sendiri sekitar Februari nanti. Ramai yang mungkin tahu, itu merupakan percubaan pertama Mila dalam bidang lakonan.

"Saya menerima filem itu kerana menyukai watak sebagai adik Nabil. Memang saya amat gementar kerana itu adalah kali pertama saya berlakon. Apabila pengarah memulakan rakaman sahaja, saya terus kaku. Lagipun saya perlu berlakon di hadapan krew yang ramai. Perasaannya tidak seperti menyanyi," katanya.

Walaupun mahu mengembangkan karier dalam bidang lakonan, Mila tidak melupakan nyanyian yang memperkenalkan dia kepada dunia hiburan.

"Sudah dua bulan saya tidak menyanyi kerana berlakon di Jakarta. Sekarang saya mahu memulakan kelas nyanyian dan berkemungkinan besar album terbaru saya akan diterbitkan pertengahan tahun ini," ujar Mila.

Terbaru, Mila dicalonkan untuk kategori Kiut Miut bagi Parti HIP TV anjuran TV9. Majlis itu yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini, pukul 9 malam akan menyaksikan Mila bersaing dengan Sari Yanti, Stacy, Tam dan Bell.

Memiliki bentuk badan kecil dengan wajah comel, Mila tidak dinafikan sesuai dengan pencalonan itu. Malah perubahan fesyen Mila yang ketara juga dilihat dapat menyumbang kepada kemenangan Mila. Kata Mila, dia banyak membuat rujukan fesyen terbaru di Internet serta majalah.

"Sebagai figura awam, cara penampilan itu amat penting. Jadi saya selalu melayari Internet serta membaca majalah untuk mengikut trend terkini. Tapi saya sendiri juga akan mengubah mengikut bentuk badan saya yang kecil.

"Ramai juga jurusolek dan rakan artis yang memberikan saya panduan atau nasihat. Contohnya Atilia selalu memberitahu di mana untuk membeli kasut cantik kerana kami berkongsi saiz kasut sama," senyum Mila.

Parti Hip TV bakal mempertandingkan 9 kategori berbentuk hiburan yang mengiktirafkan anugerah iaitu Artis Bibir Paling Seksi, Artis Contoh, Artis Mat Romeo, Artis Awet Muda, Artis Kuat Melaram, Artis HIP, Artis Kiut Miut, Hot Mama dan Artis Tidak Bergantung Pada Rupa.

Bagi mereka yang mahu mengundi, anda boleh menghantar undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip HIP bersama kod artis dan hantar ke 33399. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.tv9.com.my

Kau Dan Aku Episod 14 (23/01/10)


Kau Dan Aku Episod 14 (23/01/10)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Majalah Sensasi - Februari 2010

Majalah Sensasi - Februari 2010
(Kredit : Seraiwangi Milanians @ cari.com)


URTV Isu 1-15 Feb 2010

URTV Isu 1-15 Feb 2010
(Kredit : aFVIRGo Milanians @ cari.com)






Saturday, January 16, 2010

Kau Dan Aku Episod 13 (16/01/10)


K
au Dan Aku Episod 13 (16/01/10)
(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V