Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Thursday, January 28, 2010

Nyanyi guna mikrofon sendiri


Nyanyi guna mikrofon sendiri
(Kredit Kosmo.com.my)


JIKA perbandingan dibuat antara juara program realiti TV, Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Nor Syarmilla Jirin atau lebih mesra dengan panggilan Mila dengan pelakon Puteri Sarah Liyana dari segi nilai komersial, sudah pasti nama Mila lebih ke depan.

Ini kerana merujuk kepada populariti dan pendedahan kepada umum, Mila ternyata melebihi Puteri Sarah.

Namun, apabila Mila yang muncul dalam hanya beberapa adegan filem Lu Pikirla Sendiri De Movie dijadikan penghias poster filem itu, bukan fakta tersebut yang bermain di fikiran Puteri Sarah.

Puteri Sarah yang tampil membuat kenyataan media baru-baru ini mempersoalkan kenapa hanya Mila yang diberikan penghormatan menghiasi poster tersebut bersama hero filem itu, Nabil, sedangkan Puteri Sarah yang sebenarnya heroin Lu Pikirla Sendiri De Movie.

Justeru apa agaknya hujah Mila dalam mengulas mengenai perkara itu? "Puteri Sarah Liyana tidak pernah cakap apa-apa mengenai poster (Lu Pikirla Sendiri De Movie) itu kepada saya. Namun, setahu Mila, gambar Mila diletakkan sebagai penghias poster kerana faktor promosi.

"Itu adalah strategi pemasaran kerana orang ramai akan tertanya-tanya siapa heroin filem itu. Mungkin orang akan keliru tetapi itu adalah elemen kejutan yang diinginkan," ujar Mila, ringkas tapi padat.

Jika dikira, Mila sebenarnya baru tiga tahun bergiat sebagai artis selepas dijulang sebagai juara AF5. Walaupun belum diklasifikasikan sebagai antara penyanyi terhebat negara, Mila dilihat mempunyai potensi untuk berada di tahap itu pada masa akan datang.

Menariknya dalam jangkamasa pendek itu, Mila sudah berupaya memiliki mikrofon sendiri. Diakui mempunyai mikrofon sendiri bukannya satu isu yang perlu diperbesarkan. Cuma tidak ramai penyanyi negara kita yang 'mampu' memilikinya kerana mikrofon juga boleh dianggap sebagai salah satu item mewah.

"Seperti pemuzik, mereka mempunyai alat muzik sendiri. Jadi sebagai penyanyi, tidak salah jika saya memiliki mikrofon sendiri. Itu adalah atas usaha saya sendiri. Selama tiga tahun saya bekerja, saya kumpul wang untuk membeli mikrofon tersebut," ujar Mila ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Tidak mahu menyatakan harga mikrofon itu, Mila menyatakan penggunaan mikrofon sendiri juga kerana aspek kebersihan diri. Selain itu, Mila membeli mikrofon itu di Singapura untuk dijadikan hadiah kepada dirinya sendiri.

"Menyanyi dengan mikrofon sendiri dapat memberikan kepuasan berbeza. Tapi saya tidak menggunakannya di semua tempat. Hanya pada sesetengah acara sahaja saya menggunakan mikrofon sendiri," ujar penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu.

Bagi Mila, 23, memiliki mikrofon sendiri juga bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk tetapi ia satu pelaburan. Ia juga tidak mempunyai kaitan dengan lontaran vokal Mila.

"Sama sahaja suara saya apabila menggunakan mikrofon sendiri atau tidak. Cuma bila ada mikrofon sendiri, saya tidak perlu menggubah mikrofon itu mengikut vokal saya selalu."

Populariti Kau dan Aku

Pertama kali muncul dalam drama, Mila bersyukur kerana siri muzikal Kau dan Aku yang sedang ditayangkan di Astro Ria menerima sambutan baik daripada penonton. Drama sebanyak 26 episod itu pada Mila juga sedikit sebanyak membantu karier nyanyiannya.

"Menurut pihak Astro, pengikut drama itu semakin meningkat. Ini bermaksud siri muzikal semakin boleh diterima penonton bukan seperti yang disangkakan sebelum itu. Menariknya, semasa saya membuat persembahan, ramai orang yang meminta saya menyampaikan lagu dari drama itu.

"Ada juga peminat yang bertanya saya mengenai pengakhiran cerita itu. Ada yang menegur dan ada yang memuji tetapi saya tidak kisah kerana ini bermakna mereka memberi perhatian terhadap drama itu," tambah Mila yang masih sibuk menjalankan promosi Kau dan Aku.

Selain sibuk dengan drama itu, peminat juga bakal menyaksikan Mila dalam filem pertamanya, Lu Pikirla Sendiri sekitar Februari nanti. Ramai yang mungkin tahu, itu merupakan percubaan pertama Mila dalam bidang lakonan.

"Saya menerima filem itu kerana menyukai watak sebagai adik Nabil. Memang saya amat gementar kerana itu adalah kali pertama saya berlakon. Apabila pengarah memulakan rakaman sahaja, saya terus kaku. Lagipun saya perlu berlakon di hadapan krew yang ramai. Perasaannya tidak seperti menyanyi," katanya.

Walaupun mahu mengembangkan karier dalam bidang lakonan, Mila tidak melupakan nyanyian yang memperkenalkan dia kepada dunia hiburan.

"Sudah dua bulan saya tidak menyanyi kerana berlakon di Jakarta. Sekarang saya mahu memulakan kelas nyanyian dan berkemungkinan besar album terbaru saya akan diterbitkan pertengahan tahun ini," ujar Mila.

Terbaru, Mila dicalonkan untuk kategori Kiut Miut bagi Parti HIP TV anjuran TV9. Majlis itu yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini, pukul 9 malam akan menyaksikan Mila bersaing dengan Sari Yanti, Stacy, Tam dan Bell.

Memiliki bentuk badan kecil dengan wajah comel, Mila tidak dinafikan sesuai dengan pencalonan itu. Malah perubahan fesyen Mila yang ketara juga dilihat dapat menyumbang kepada kemenangan Mila. Kata Mila, dia banyak membuat rujukan fesyen terbaru di Internet serta majalah.

"Sebagai figura awam, cara penampilan itu amat penting. Jadi saya selalu melayari Internet serta membaca majalah untuk mengikut trend terkini. Tapi saya sendiri juga akan mengubah mengikut bentuk badan saya yang kecil.

"Ramai juga jurusolek dan rakan artis yang memberikan saya panduan atau nasihat. Contohnya Atilia selalu memberitahu di mana untuk membeli kasut cantik kerana kami berkongsi saiz kasut sama," senyum Mila.

Parti Hip TV bakal mempertandingkan 9 kategori berbentuk hiburan yang mengiktirafkan anugerah iaitu Artis Bibir Paling Seksi, Artis Contoh, Artis Mat Romeo, Artis Awet Muda, Artis Kuat Melaram, Artis HIP, Artis Kiut Miut, Hot Mama dan Artis Tidak Bergantung Pada Rupa.

Bagi mereka yang mahu mengundi, anda boleh menghantar undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip HIP bersama kod artis dan hantar ke 33399. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.tv9.com.my

Kau Dan Aku Episod 14 (23/01/10)


Kau Dan Aku Episod 14 (23/01/10)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Majalah Sensasi - Februari 2010

Majalah Sensasi - Februari 2010
(Kredit : Seraiwangi Milanians @ cari.com)


URTV Isu 1-15 Feb 2010

URTV Isu 1-15 Feb 2010
(Kredit : aFVIRGo Milanians @ cari.com)






Saturday, January 16, 2010

Kau Dan Aku Episod 13 (16/01/10)


K
au Dan Aku Episod 13 (16/01/10)
(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Thursday, January 14, 2010

Sama tapi berbeza

Sama tapi berbeza
(Kredit bharian.com.my)


Mila dan Stacy terus lakar nama di persada seni, tetapi mengharungi kisah kontroversi yang berlainan

NAMA kedua-dua gadis ini masih bertahan dalam arus seni yang deras sehingga boleh menyebabkan kelemasan kalau tidak bijak dengan cara mengharunginya. Mereka berkongsi pentas anugerah dan memperoleh kejayaan yang sama.

Mila bersinar sebagai Juara AF musim kelima, manakala Stacy menyambung takhta dan gelaran itu pada musim keenam. Kedua-duanya juga meneruskan populariti masing-masing menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Mila menyandang anugerah cetusan Berita Harian itu pada 2007, manakala Stacy pula tahun lalu. Lagu nyanyian mereka juga masing-masing terus meniti di bibir peminat. Cuma dalam soal kontroversi, Stacy jauh lebih bertuah berbanding Mila yang kerap dihimpit kisah panas.

Kerjaya Stacy berjalan lancar dan kalau ada pun gosip yang hadir semuanya boleh dianggap sebagai tidak panas. Sebagai contoh, pernah timbul cerita kononnya Stacy menjalinkan cinta dengan rakan seperjuangannya, Akim.

"Sebenarnya memang kami berkawan sesama rakan dalam bidang ini. Tak lebih daripada itu. Mungkin kami masih baru dan ada kalanya, ia disalah tafsir sesetengah orang. Biarlah. Kami sendiri tahu yang mana betul atau sebaliknya.


"Benar orang kata kalau jadi artis, gosip adalah sebahagian daripada kehidupannya. Tapi saya bersyukur selagi gosip itu tidak menjejaskan hubungan sesama rakan artis lain, saya masih boleh layan. Ataupun hanya sekadar tersenyum.

"Tapi kalau ada yang bertanya, termasuk rakan media, saya akan jawab perkara sebenar kerana tiada apa pun yang nak disembunyikan di antara kami. Saya juga masih muda untuk memikirkan soal cinta. Cita-cita untuk terus berjaya dalam dunia seni masih jauh lagi," kata Stacy pada majlis pelancaran album Era Muzik Hits Terkini, minggu lalu.

kata Stacy lagi dengan usianya yang baru 20 tahun, dia bersyukur keluarga dan peminatnya sering memberi dorongan dan sokongan. Biarpun sanggup merantau dari Sabah untuk mengejar impiannya di ibu kota, keluarganya masih kerap bertandang ke Kuala Lumpur.

"Orang selalu kata, selepas usia 21 tahun baru dapat kunci kebebasan. Bermakna saya masih di bawah jagaan keluarga. Dalam apa sekalipun yang saya lakukan, saya masih merujuk dan diselia keluarga. Mungkin Stacy akan cepat hanyut tanpa pemerhatian keluarga," katanya.
Selepas diterima dan menjadi sebutan tahun lalu, Stacy juga mengharapkan tuahnya untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. Kata anak kelima daripada enam beradik ini, misinya hanya mahu terus wujud di persada seni.

Stacy turut menyatakan untuk menyambung pengajian di sebuah kolej dalam bidang Muzik dan Bunyi. Kalau jadi kenyataan, katanya, dia akan memulakan pengajian itu pada Februari atau Mac.

"Sejak di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), kerjaya seni semakin terurus. Hampir setiap ketika, AESB tidak betah duduk diam dan terus memastikan kelangsungan artis naungannya.

"Oleh sebab itu, saya meletakkan sedikit kepercayaan untuk belajar dan pada masa yang sama tidak mengabaikan dunia seni. Kedua-dua cabang bidang ini sama penting dan mudah-mudahan ada waktu untuk saya terus memanjangkan minat saya ini," katanya positif.

Mahu fokus bidang nyanyian

SEMENTARA itu, Mila pula berharap dapat memberikan tumpuan lebih terhadap nyanyian pada tahun ini. Gadis kelahiran Pulau Mutiara ini masih dalam perbincangan dengan beberapa komposer untuk menghasilkan lagu baru.

Menurut orang kuat syarikat LuvMILA Corporation Sdn Bhd ini, kali terakhir muncul dengan album sulungnya ialah pada 2008. Katanya lagi, apa yang mampu dilakukan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu ialah dengan menghasilkan lagu single.

"Tahun ini, Mila harap dan mensasarkan untuk menghasilkan lima lagu. Dapat memiliki album mini pun sudah memadai. Ia juga sudah layak untuk disenaraikan di Anugerah Industri Muzik.

"Mila mungkin merakamkan lagu secara berperingkat-peringkat. Mila juga ada berbincang dengan Aidit Alfian dan AD Samad untuk mencari lagu yang berlainan daripada genre yang sudah ada di pasaran. Tapi apapun perubahan yang ingin dilakukan, Mila harus pastikan lagu itu bersesuaian dengan suara," kata Mila yang bersama AESB untuk tempoh dua tahun lagi.

Menurut Mila yang baru muncul dengan single Jika Kau Ubah Fikiran, dia akan muncul dengan single baru selewat-lewatnya selepas tamat drama Kau Dan Aku. Penyanyi ini juga boleh tersenyum bangga dan menyenangkan ahli keluarganya dengan memiliki rumah sendiri di Puchong.

"Alhamdulillah, rumah ini selesa untuk kami. Sebelum ini, Mila menyewa di Damansara. Bukan mudah juga Mila nak memiliki rumah ini kerana bukan senang mendapat pinjaman menggunakan lesen bergelar artis.

"Mila bukan seperti pekerja swasta dan kerajaan yang mempunyai penyata gaji. Tapi penantian berakhir dan Mila bersyukur dapat juga memiliki rumah sendiri buat jaminan dan kesenangan masa depan," demikian kata Mila yang turut memegang peranan kecil bagi empat babak dalam filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie mulai Februari ini.

Lagu dendangan Mila dan Stacy dimuatkan dalam album kompilasi berjudul Era Muzik Hits Terkini. Ia turut memuatkan nyanyian bintang realiti Akademi Fantasia lain seperti Mawi, Akim, Aril, Hafiz, Yazid dan Isma. Sebagai bonus untuk peminat Anita Sarawak, lagu Maafkan juga dimuatkan.

Antara lagu lain yang dimuatkan seperti Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Pakai Buang (Stacy), Menggegar Dunia (Adam dan Stacy), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi dan KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Berbicara (Isma) dan Sugul (Yazid).

Strategi Aminah promosi filem sulung

Strategi Aminah promosi filem sulung
(Kredit utusan.com.my)


PENERBIT, pengarah serta sebilangan besar pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, merupakan pertama kali terlibat dalam filem.

Ini merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd.
Juga merupakan karya pertama arahan Aminah Rhapor sebagai pengarah utama serta filem pertama lakonan Nabil selepas bergelar Raja Lawak musim kedua.

Bukan itu sahaja, Lu Pikirlah Sendiri de Movie juga merupakan filem pertama bagi Puteri Sarah selepas kecewa dengan filem Aduh Saliha yang terhenti di pertengahan jalan serta filem pertama bagi juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila yang kini mula berjinak-jinak dalam lakonan drama.

Sungguhpun rata-rata mereka tiada pengalaman terlibat dalam filem, namun Aminah seboleh mungkin berfikiran jauh merencana pelbagai strategi bagi menarik minat ramai penonton untuk bertandang ke pawagam.

Barisan pelakon yang turut terlibat dalam filem tersebut ialah Hisham Ahmad Tajuddin, Liza Othman, Meet Uncle Hussain (MUH), Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Faizal Tahir, Aziz M. Osman, Amy Search, Harun Salim Bachik dan Ummi Nazeera.
Memulakan tayangan pada 11 Februari ini, kata Aminah yang sebelum ini pernah terlibat sebagai penolong pengarah untuk filem Baginda dan Wayang, antara strategi yang digunakan ialah lagu.

Lagu-lagu yang digubah khas untuk filem itu, katanya, dijangka mampu menarik minat penonton.

"Pada asalnya hanya tiga buah lagu sahaja yang digunakan dalam filem ini. Namun, ketika dalam proses penyuntingan, kami merasakan penambahan beberapa buah lagu lagi serta lagu-lagu daripada kumpulan MUH dilihat bersesuaian dengan jalan cerita filem ini.

"Apabila siap dan mendengar semula lagu-lagu yang digubah dan disusun oleh pengarah muzik, Taja, memang kami rasa amat bersesuaian kerana Taja mencipta dan menyusun muzik berdasarkan babak-babak dalam filem ini.

"Ini memang merupakan salah satu daripada strategi kami, kami berbincang dan sama-sama berfikir bagaimana hendak melakukan filem ini," kata Aminah pada sidang media yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Enam buah lagu yang digubah ialah Mula (MUH feat Azlan), Tandus (MUH), Bulan (Mila) dan tiga lagu nyanyian kumpulan baru L. Danielle iaitu Harapan Palsu, Tak Keseorangan dan Plastik Retorik.

Penerbitnya, Datuk Suhaimi Othman dalam ucapannya pada majlis yang sama berpendapat bahawa penggunaan lagu-lagu yang bersesuaian perlu bagi sesebuah filem berdasarkan latar dan tema filem.

Malah, mengimbas kembali kegemilangan filem-filem Melayu hitam putih arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee misalnya, dengan hanya mendengar lagu sahaja masyarakat sudah boleh mengagak judul filem tersebut.

"Lagu-lagu memang penting untuk memberi impak pada sesebuah filem kerana secara tidak langsung ia dapat mencerminkan identiti filem itu.

"SDAF Pictures percaya dengan adanya enam lagu baru dalam filem ini ia dapat menarik minat penonton," katanya yang membelanjakan sebanyak RM70,000 bagi pembikinan lagu-lagu dalam filem tersebut.

Melihat kepada baget besar yang digunakan, apakah agaknya kekuatan sebenar bagi filem tersebut?

"Ketika proses membuat skrip lagi saya sudah mula meminta pendapat daripada orang ramai, dan rata-rata mereka yang membaca skrip filem ini mengatakan bahawa filem ini boleh jual," kata Aminah.

Selain mengangkat kisah hidup Nabil sebelum bergelar orang popular, gabungan pelakon baru dan lama juga dikatakan sebagai salah satu strategi dalam menarik minat penonton.

Filem tersebut mengisahkan tentang impian, cita-cita dan cinta. Nabil dan Natasya yang merupakan pasangan berbeza daripada semua perkara.

Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan bagi melayakkan terbitnya rasa cinta antara mereka.

Seorang merupakan anak hartawan menakala seorang lagi hidup dalam serba sederhana.

Mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana jurang latar pelajaran yang besar di mana Natasya merupakan lulusan universiti sedangkan Nabil hanya berkelulusan SPM dan bekerja sebagai penghantar surat.

Bagi Nabil, hidupnya tidak perlu kaya asalkan tanggungjawabnya membantu keluarga dan merasa sedikit kesenangan sudah memadai.


Nabil tidak menyesal

Sebelum ini, bintang popular, Nabil pernah muncul dalam filem Sifu & Tongga yang dilakonkannya bersama pelakon komedi terkenal, Saiful Apek. Filem tersebut merupakan filem kedua lakonannya.

Lu Pikirlah Sendiri de Movie merupakan filem pertama yang membenarkan Nabil menimba pengalaman dalam lakonan filem.
Bagaimanapun, filem Sifu & Tongga terlebih dahulu menemui peminatnya di pawagam.

Lu Pikirlah Sendiri de Movie yang judulnya diambil daripada tagline Nabil ketika menyertai Raja Lawak tidak lama dahulu, pada asalnya berjudul Biarkan Kami Bercinta.

"Ini merupakan 'bayi' bagi SDAF. Saya menerima tawaran berlakon dalam filem ini ketika saya mula-mula keluar dari Raja Lawak.

"Saya mengkaji pengalaman Aminah yang sebelum ini cukup aktif di bidang teater. Bagaimanapun untuk filem dia sama seperti saya juga yang masih baru.

"Tidak kira cerita ini baik ataupun 'tergolek", ia bukan suatu penyesalan buat saya. Apa yang penting saya ambil ia sebagai satu pengalaman dan pelajaran terbaik buat saya dalam lakonan.

"Jika ada apa-apa kecacatan dalam filem ini saya harap penonton boleh menerimanya," kata Nabil mengulas lakonannya dalam filem tersebut.

Kau Dan Aku Episod 12 (09/01/10)


Kau Dan Aku Episod 12 (09/01/10)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Kau Dan Aku Episod 11 (02/01/10)


Kau Dan Aku Episod 11 (02/01/10)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Part VI


Friday, January 8, 2010

Sanggup Berhabis RM70,000 Untuk Lagu Runut


Sanggup Berhabis RM70,000 Untuk Lagu Runut

(Kredit mStar.com.my)

Pelakon dan warga kerja Lu Pikirlah Sendiri De Movie - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI

SYARIKAT produksi SDAF Pictures Sdn Bhd yang baru berjinak-jinak dalam bidang penerbitan filem sanggup berhabis sehingga RM70,000 semata-mata untuk mendapatkan himpunan lagu-lagu yang berkualiti dan bersesuaian untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem sulung mereka, Lu Pikirlah Sendiri De Movie (LPSDM) arahan pengarah baru, Aminah Rhapor.

Album runut yang mengandungi 6 buah lagu baru hasil sentuhan Taja daripada kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain (MUH) dianggarkan memakan kos sebanyak RM70,000.

Bercerita mengenai pemilihan Taja MUH untuk penghasilan lagu-lagu tema filem ini, Aminah berkata, penglibatan MUH dalam projek filem ini berlaku tanpa dirancang.

"Pada asalnya, ketika filem itu sudah siap, penyunting filem ini, Mat Salleh Mat Desa telah menggunakan lagu-lagu popular kumpulan MUH bagi mendapatkan mood dan menjiwai filem itu ketika proses suntingan.

"Kami mendapati muzik MUH amat bersesuaian dengan penceritaan filem LPSDM, lantas saya mula berunding dengan Taja bagi mendapatkan khidmatnya. Ketika mula-mula bertemu Taja, saya minta dia cipta tiga buah lagu baru yang bersesuaian dengan plot LPSDM.

"Taja mencipta setiap lagu mengikut perjalanan ceritanya. Kemudian, apabila lagu-lagu tersebut sudah siap dan kami dapati ia sangat sesuai dengan LPSDM, saya minta Taja cipta tiga lagu lagi untuk menghiasi filem ini.

Mila turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul Bulan ciptaan Taja MUH.

"Ternyata hasilnya amat memuaskan. Semua lagu ciptaan Taja amat bersesuaian dengan babak-babak tertentu filem itu. Saya sangat gembira dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album runut bunyi filem ini," kata pengarah yang pernah bergelar Penolong Pengarah filem Baginda dan Wayang.

Taja yang turut ditemui di majlis pelancaran lagu-Lagu dan laman Web filem LPSDM, di Istana Budaya baru-baru ini, berkata, idea penghasilan lagu tema untuk sebuah filem bukanlah sesuatu yang asing di industri perfileman barat terutamanya di Hollywood. Namun, situasi itu jarang berlaku pada pembikinan filem tempatan disebabkan batasan kreativiti atau kewangan.

Lantas, apabila dipertanggungjawabkan untuk mengemudi aspek muzik LPSDM termasuklah scoring dan lagu-lagu temanya, dia begitu teruja untuk menggunakan peluang dan kepercayaan yang diberi bagi menghasilkan lagu-lagu yang bersesuaian dan dapat membantu menghidupkan jalan cerita.

"Saya cuba untuk hasilkan lagu-lagu yang bukan sahaja bersesuaian, malah dapat memikat pendengar.

"Selain itu, peluang untuk menerbitkan lagu-lagu tema filem ini juga adalah platform terbaik untuk saya tarik artis-artis baru seperti MUH, L.Danielle dan Mila, sama-sama memberikan impak kepada filem ini.

"Kami ingin memeriahkan filem ini melalui lagu-lagu yang dihasilkan dan berharap agar lagu-lagu baru ini mampu memberi impak dan meninggalkan kesan kepada penonton yang menonton filem ini kelak," ujar Taja penuh teruja.

Selain MUH, artis lain yang terlibat ialah bekas vokalis MUH, Azlan, pendatang baru kumpulan L.Danielle dan bintang genit, Mila. Enam lagu baru yang dimuatkan termasuklah Mula oleh MUH feat. Azlan, Tandus oleh MUH, Bulan oleh Mila; Harapan Palsu (Dengan Wajah Kau Berkata), Tak Keseorangan dan Plastik Retorik oleh kumpulan L.Danielle.

Kesemua enam lagu itu adalah hasil nukilan Taja MUH. Selain bertindak sebagai komposer lagu, Taja turut bertanggungjawab selaku pengarah muzik filem romantik komedi ini.

Menurut Aminah, strategi itu digunakan oleh pihak produksi LPSDM dengan harapan lagu-lagu yang bersesuaian dengan selera muzik semasa ini, mampu untuk menarik penonton apabila ia menjengah pawagam bermula 11 Februari depan.

Sambil mengharapkan tuah akan menyebelahi usaha sulung produksi yang rata-ratanya dibarisi oleh pelakon, pengarah, penerbit dan kru yang buat pertama kali terlibat dalam projek ini, Aminah berkata, dia dan seluruh tenaga kerja LPSDM berharap agar filem itu akan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat filem Melayu.

Filem yang berjudul Biarkan Kami Bercinta pada asalnya, bagaimanapun ditukarkan kepada Lu Pikirlah Sendiri De Movie setelah pihak produksi mendapati judul baru itu lebih menarik dan memberi impak kepada masyarakat.

Memandangkan judul baru itu sama seperti judul sebuah program di Astro Prima yang melibatkan bintang utamanya, Nabil, pihak produksi lantas memutuskan untuk menambah perkataan 'De Movie' di hujung tajuk 'Lu Pikirlah Sendiri' bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham.

Bagaimanapun, penggunaan tajuk 'Lu Pikirlah Sendiri' itu digunakan hanya setelah berbincang dengan empunya asal perkataan sebut, iaitu Nabil sendiri yang mempopularkan perkataan tersebut ketika terlibat dengan program Raja Lawak, dua tahun lalu.

Filem komedi romantik ini bukan sahaja sarat dengan elemen percintaan, malah turut menyelitkan mesej kasih sayang adik-beradik dan kekeluargaan.

Selain Puteri Sarah Liyana dan Nabil, LPSDM turut dibarisi Mila, kumpulan Meet Uncle Hussain, Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Liza Othman, Zaibo dan ramai lagi.

Maklumat lanjut mengenai LPSDM boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi filem itu di www.lupikirlahsendiri.com

MUSIC: Full steam ahead

MUSIC: Full steam ahead
(Kredit NSTonline)

DENNIS CHUA finds out what’s in store in 2010 for the past winners and finalists of Akademi Fantasia.

THE winners and finalists of Astro’s popular reality talent search Akademi Fantasia (AF) are marking their new year with fresh projects, newfound skills and plans to work with their favourite peers.

Pop phenomenon and actor Asmawi “Mawi” Ani, who won AF3, is adding another feather to his cap. The owner of MW Entertainment, a company he formed last year, is now a television producer.

MW, which stands for “Mawi World”, is best known for producing Mawi’s travelogue Langkah Mawi on Astro Ria.

MW is currently producing television movie Jiwa Kacau on Astro Prima (which stars Mawi in a cameo role).

“While I’ve always wanted to be a singer, I’m also passionate about acting. I had a great time in last year’s film Jin Notti because it was hilarious and educational,” he said.

He plans to produce a fashion programme to be hosted by his wife, actress Ekin Rahmat.

Mawi is also looking forward to the premiere of his latest film, Magika, in March.

“It’s a fantasy with a star-studded cast and is rich in mythology,” he said.

Mawi’s latest album, Idola, will be released next month. Carrying 10 songs, it has the “magical touch” of composers Aidit Alfian and one-time AF principals Ramli Sarip and M. Nasir (his mentor).

“I’m learning to be a director of TV programmes and music videos. “My ‘teachers’ are producers and directors Azhari Zain and Rahila Ali of Langkah Mawi,” he said.

Mawi’s fellow champion Mila Jirin of AF5 owns a year-old business, Luvmila Corporation which produces herbal beauty products.

She is taking her business a step further and has formed Luvmila Entertainment and Productions, a joint venture with Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Luvmila Entertainment promotes the activities of AF artistes as well as notable stars on Astro.
“While it isn’t easy being a businesswoman, it’s rewarding because fans know you better. And it makes you a well-rounded entertainer,” she said, citing KRU as a success story.

Mila, who recently appeared in the musical series Kau Dan Aku on Astro Ria with her AF juniors Ika Rahim (AF6) and AF7’s Akim Ahmad and Aril Pilus, said she would “stick to acting” as it was fun.

“I’m into romantic comedies as they have happy endings and positive messages. We enjoyed ourselves on the set of Kau Dan Aku in Jakarta,” she said.

Mila is working on a new single. She looks forward to collaborating with Akim who is a talented composer and songwriter.

AF6 winner Stacy Anam is riding high with hit songs Pakai Buang (Anugerah Juara Lagu finalist) and Menggegar Dunia, a duet with hip-hop star Adam Mat Saman of AF2. The latter is also the theme song from My Spy.

She plans to collaborate with bankable graduates of reality television such as Malaysian Idol’s Nikki Palikat and Jaclyn Victor as well as One In A Million’s (OIAM) Ayu Damit and Esther Chin.
“Nikki, Ayu, Esther and Jac always inspire me. They are passionate about music and sing from the heart,” she said.

While Stacy has no plans to write and compose her own music, she always looks forward to working with composer Audi Mok, Nikki’s husband whom she describes as gifted and fun-loving.
“Audi composed my new single Cerah,” she said.

AF7 winner Hafiz Suip, whose song Masih Jelas also entered the AJL finals, is appearing in Astro sitcom Geng Bas Sekolah.

“It’s a children’s comedy. I like TV series such as this, and the historical Suatu Ketika which stars my AF contemporaries,” he said.

Currently promoting his debut album Masih Jelas, Hafiz intends to write and compose for his next album.

He dreams of collaborating with AF3 and OIAM3 singer-songwriter Amylea Azizan and his fellow AF7 star Aishah Bujang.

Encouraged by his brother Izwan Pilus of Bintang RTM, AF7 runner-up Aril is learning to write his own songs.

“I’ve got three new singles in the pipeline and I wrote one of them. The composers I’m working with are Shazzy and Audi,” he said.

Aril would love to be a radio presenter and admires Era FM’s Adi Fashla Juraimi of AF1.

(Clockwise from top left) Ismaliza, Mila, Stacy, Akim, Aril, Rizal, Hafiz, Mawi and Yazid with the album. On the far right is AESB Vice President of content marketing Aditya Thakur.

“Adi is cool and street-wise. He has been giving me strong support from Day One,” he said.

Akim, whose hit song Bengang also made it to the AJL finals, wants to prove his worth as a songwriter.

“I’ve just written Inilah Cinta, and plan to compose music,” he said.

Akim would love to collaborate or write songs for his favourite reality television seniors Faizal Tahir, Shila Amir Amzah, Aizat Amdan, Nas Adila, Nadia Hasnan, Ika, Dafi and Mila.

AF7 finalists Yazid Ibrahim and Ismaliza Ismail are also dabbling in songwriting.

Yazid has just penned Aku Tidak Setanding Dia, composed by Ahmad Din.

Ismaliza is writing songs with her husband, producer and composer Zulkifli Majid of Two By Two fame. The couple recently participated in dance reality show Sehati Berdansa.

Yazid said: “I believe in writing songs about my personal experiences. Songs from the heart sell.” He would love to collaborate with rocker Aweera Noriyissham of OIAM3.

Ismaliza plans to collaborate with her brother, OIAM3 winner Tomok.

“He is the family’s natural entertainer, and my hero,” she said.

She is also a fan of her seniors Nubhan Ahamad, Zila Seeron and Farhan Azizan whom she describes as “versatile”.

“They are excellent in modern and Asli music. Nubhan and Zila act well too,” she said.

Mawi, Mila, Stacy, Hafiz, Aril, Akim, Isma and Yazid now have their chart-topping songs in a compilation album released by Era FM.

The AESB album titled Era Muzik Hits Terkini features Menggegar Dunia, Pakai Buang, Masih Jelas, Bengang, Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Sujud (Mawi), Sugul (Yazid), Berbicara (Ismaliza), Menatap (Aril) and Maafkan (Anita Sarawak).

The album was recently launched by Era assistant programme manager Rizal Shahimy at Laundry Bar in The Curve, Petaling Jaya.

Mila percaya pada rezeki, nasib


Mila percaya pada rezeki, nasib

(Kredit SinarHarian)

Nama Mila sudah tidak asing dalam industri seni hiburan tanah air. Merupakan juara wanita pertama dalam program realiti Akademi Fantasia (AF), bakat Mila tidak perlu disangkal lagi. Walaupun AF akan memasuki musim kelapan, namun, Mila masih segar dalam industri ini.

Kini kerjayanya diperluaskan lagi dengan mencuba dalam bidang lakonan. Ternyata, Mila bukan hanya boleh menyanyi, malah turut punya bakat besar dalam bidang lakonan.

Umum mengetahui tutupnya syarikat Maestro Talent, nasib artis AF di bawah label Maestro terumbang-ambing. Ada yang bijak menggunakan nama dan bakat mereka. Namun ada juga yang tersungkur jatuh dan tidak tahu ke mana. Pun begitu, Astro di bawah label Astro Entertainment telah mengambil artis-artis ‘segera’ ini dan diserapkan di bawah label Astro Entertainment termasuklah Mila.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 23 tahun ini merupakan antara tiga artis wanita yang diserapkan ke Astro Entertainment. Tidak sekadar itu, kontrak Mila disambung lagi kepada dua tahun sehingga ada yang mengatakan Mila merupakan ‘anak emas’ kepada labelnya itu. Mila menyangkal dakwaan tersebut dan percaya kepada rezeki dan nasib.

“Mila bersyukur dengan apa yang Mila dapat sekarang. Mila akui mungkin ada orang akan cakap fasal ini, tapi Mila ingin tegaskan Mila bukan anak emas. Mila sama seperti artis lain yang masih bersama Astro cuma, nasib kami mungkin berbeza.

“Memang benar, kontrak Mila sudah disambung selama dua tahun. Ada juga yang terkejut dengan keputusan Mila ini. Tapi bila Mila fikir semula, Mila bermula dari Astro, tak mungkin Mila akan melupakan jasa Astro kepada Mila selama ini. Lagipun, selama ini Mila senang dengan pengurusan Astro dan Mila harapkan ia akan berpanjangan.

“Cuma dalam kontrak kali ini, syarikat Mila yang menjaga semua aktiviti seni Mila lebih serius dan mahukan hak sama rata dapat diberikan kepada Mila. Memang pada awalnya, memang tegang juga antara peguam Astro dan peguam daripada pihak Mila. Tapi lebih baik kita bergaduh sebelum kontrak daripada terjadinya apa-apa masalah selepas itu.

“Alhamdulillah, setelah pelbagai perbincangan dilakukan, semuanya berjalan baik. Mila harap tidak ada lagi spekulasi mengatakan Mila ini anak emas. Mila juga seperti artis lain,” jelasnya yang turut bersama-sama Stacy dan Isma di bawah bumbung yang sama.

Ucapan Mila Sempena Ulangtahun ke-3 Budiey.com


Ucapan Mila Sempena Ulangtahun ke-3 Budiey.com

(Kredit Budiey27@youtube)



Kau Dan Aku Episod 12 : Fitri Mula Benci Mila

Kau Dan Aku Episod 12 : Fitri Mula Benci Mila
(Kredit murai.com.my)


Suasana kolej jadi kecoh apabila berita Farah dan Aril sudah putus cinta tersebar. Aril yang dahulunya terkenal dengan sifat sombong berubah menjadi seorang yang peramah dan baik hati. Ini menyebabkan hubungannya dan Mila kembali mesra. Kemesraan Mila dan Aril juga adalah hasil dorongan ibu Mila sendiri dan pada masa yang sama, Mila tidak sedar yang kemesraannya dengan Aril adalah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Akim yang dilihat kembali rapat dengan Lisa.

Hubungan mesra antara Akim dan Lisa sebenarnya adalah atas dasar kawan, walaupun Lisa sendiri sentiasa mengharapkan Akim kembali menjadi kekasihnya. Akim bagaimanapun telah menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk diakembali bersama Lisa kerana hatinya kini hanya untuk Mila. Disebalik hubungan akrab antara Akim dan Lisa itu, wujud pula perasaan cemburu dari Farish.

Akim pula mencemburui keakraban Mila dan Aril namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sikap Mila terhadapnya masih dingin.

Farah pula mula memikirkan cara baru untuk memisahkan Mila dan Aril setelah rancangan awalnya gagal. Dia terfikir untuk mempergunakan Fitri dalam perancangan jahatnya, Farah tahu yang Fitri sebenarnya memendam perasaan terhadap Aril dan pada masa yang sama sangat mencemburui Mila. Rancangannya berjaya apabila Fitri sedikit sebanyak mula terpengaruh untuk membenci Mila.

Mila Mahu Album Tahun Ini

Mila Mahu Album Tahun Ini
(Kredit gua.com.my)


Sempena dengan tahun baru ini, pasti ramai yang mempunyai sasaran baru untuk dicapai. Bagi penyanyi kecil molek Mila Jirin, dia mahukan sebuah album baru untuk dihadiahkan kepada peminat. Menurut Mila, sudah sampai masanya dia hadir dengan buah tangan terbaru, memandangkan setelah beberapa lama tidak muncul dengan sebarang album. Kali terakhir juara Akademi Fantasia musim kelima ini melancarkan album ialah pada Disember 2007 lalu menerusi album ‘Persis Mutiara’.

“Mila memang mahukan album baru untuk 2010 ini. Kalau tidak dapat album penuh, memadailah dengan mini album. Mila tahu bukan mudah untuk menerbitkan album sekarang ini. Ramai yang lebih suka muat turun lagu secara digital. Sebagai langkah permulaan, Mila akan keluarkan ‘single’ demi ‘single’ dahulu. Mungkin setelah semua ‘single’ ini popular, peminat akan lebih tertarik untuk beli album. ‘Single’ “Jika Kau Ubah Fikiran” misalnya, mendapat sambutan yang baik. Malah, jualan secara muat turun digital juga memberangsangkan.

“Buat masa ini Mila tidak meletakkan tarikh akhir untuk album terbaru itu. Tetapi seboleh-bolehnya Mila mahukan single terbaru pada bulan Mac nanti. Sekarang ini Mila sedang mencari-cari lagu yang sesuai. Kalau boleh Mila mahukan lagu yang berentak ‘pop rock’ atau genre yang lain sedikit daripada yang pernah Mila bawakan sebelum ini.

“Memang Mila sudah dapat satu lagu baru daripada seorang komposer Indonesia, tapi Mila tidak tahu lagi sama ada mahu merakamkannya atau tidak. Bukan apa, Mila lebih mengutamakan lagu-lagu daripada komposer tempatan berbanding negara jiran. Jadi, lagu komposer Indonesia itu Mila simpan dahulu,” cerita Mila panjang lebar tentang perancangan album terbarunya.

Sambung kontrak dengan AESB
Walaupun banyak cakap-cakap yang tidak elok tentang pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), tetapi perkara ini tidak mempengaruhi Mila dalam membuat keputusan untuk terus bersama pihak pengurusannya itu. Buktinya, Mila baru sahaja menandatangani kontrak terbaru selama dua tahun lagi dengan AESB.

“Mila buat keputusan untuk terus bersama AESB sebab mereka telah banyak membantu dalam memajukan karier Mila. Ketika Maestro Entertainment ditutup dahulu, merekalah yang menghulurkan bantuan dengan mengambil Mila bernaung di bawah pengurusan mereka. Memang ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati berlaku, tetapi itu adat dalam perniagaan.

“Memang pada mulanya Mila rasa macam hendak bergerak sendiri, tetapi apabila difikir-fikirkan, Mila masih memerlukan AESB untuk membantu dalam promosi. Lebih-lebih lagi yang melibatkan publisiti di stesen-stesen televisyen. Bagaimanapun, sebelum sain kontrak tempoh hari, peguam Mila sudah berbincang dengan pihak AESB terlebih dahulu.

“Banyak perkara yang telah dirombak untuk kontrak baru ini dan perbincangan ini mengambil masa hampir tiga bulan. Untuk kontrak baru ini, tiada lagi keuntungan pada sebelah pihak sahaja, semuanya sama rata. Selain itu, AESB turut berjanji akan melabur untuk empat hingga ke lima lagu bagi dimuatkan dalam album terbaru Mila nanti.”

Berlakon filem
Dalam perkembangan lain, Mila akan muncul dengan filem pertamanya, ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ yang akan ditayangkan di pawagam pada 11 Februari hadapan. Dalam filem ini Mila berlakon sebagai Aishah, adik kepada Nabil (lakonan Nabil Raja Lawak). Walaupun Mila hanya mempunyai empat adegan dalam filem ini tetapi dia sempat merasai pahit manis berlakon untuk filem.

“Mila menjadi kaku apabila pengarah menyebut ‘action’. Tetapi apabila pengarah suruh berlatih, Mila boleh pula berlakon. Untuk atasi masalah itu, Kak Amy (pengarah) terpaksa sebut ‘rehearsal’ untuk adegan yang membabitkan Mila. Mungkin kerana ini percubaan pertama Mila menjadi pelakon. Drama ‘Kau dan Aku’ itu selepas penggambaran filem ini.

“Satu lagi pengalaman yang Mila tidak boleh lupa ialah Mila terpaksa menunggu giliran berlakon dalam tempoh yang sangat lama. Bayangkan, Mila datang ke set pada waktu pagi, tetapi kena tunggu sampai ke malam. Barulah Mila tahu, bukan senang hendak menjadi pelakon filem ini. Banyak masa yang perlu dikorbankan,” jelas Mila mengakhiri perbualan.

ERA FM Satukan Bintang Popular AF


ERA FM Satukan Bintang Popular AF
(Kredit murai.com.my)


KUALA LUMPUR, 6 JANUARI 2009: Kerancakan dunia hiburan tanah air dengan kemaraan bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) berterusan lagi.

Bertempatdi Laundry Bar, The Curves, Mutiara Damansara, Astro Entertainment SdnBhd(AESB) dengan kerjasama ERA FM telah melancarkan album ERA Muzik Hits Terkini yang membariskan lagu-lagu popular dendangan bintang AF seperti Stacy, Mawi, Hafiz, Mila, Aril, Yazid, Isma dan Akim.

Album tersebut mengandungi kompilasi 10 lagu terhangat yang pernah menjadi juara Carta ERA. Ia turut menampilkan single terbaru dari Yazid berjudul Sugul dan single baru dari Isma bertajuk Berbicara hasil nukilan suaminya, Zul 2 By 2.

Tambah istimewa, album ini turut memuatkan suara Kak Nita. Albumyang sudah pun berada di pasaran dan turut mengandungi video muzikdaripada Akim, Hafiz, Mawi, Mila, Aril dan Stacy.

Berucappada pelancaran album itu, Rizal Sahimy yang mewakili ERA FM, berkatapenerbitan album ini didedikasikan khas buat penyokong bintang-bintangAF dengan memiliki lagu-lagu terbaik serta pernah menjuarai carta ERAsepanjang 2009.

"Selain album ini, ERA juga akan menghangatkan tahun 2010 dengan pelbagai program menarik. Melalui segmen Riuh Pagi Era,kami telah membuat siaran luar ERA di sekolah terpilih sekitar lembahKlang. Era juga telah menukarkan Burn yang sebelum ini bersama Adi dislot petang ke pagi dan memperkenalkan D Almanshoor yang mengelolakansegmen 1-4 petang," jelas Rizal.

Apa yang nyata, album ini turut memuatkan 3 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) iaitu Pakai Buang (Stacy), Masih Jelas (Hafiz) dan Bengang (Akim).

Album ini telah mula berada di pasaran sejak 28 Disember 2009dengan harga RM21.90 sahaja. Ia diedarkan oleh Warner Music Malaysia.Para peminat juga berpeluang memuat turunkan nada dering lagu-lagukompilasi ini di laman web Maxis, Digi atau Celcom.

Kau Dan Aku Episod 12


Kau Dan Aku Episod 12

(Kredit astro.com.my/kaudanaku)

Setelah Aril putus dengan Farah ketika dalam party hari jadi Aril. Aril berubah menjadi baik hati dan sekaligus menyebabkan Mila mula mendekatinya.

Akim semakin rapat dengan Lisa namun hanya sebagai kawan. Ini menyebabkan Mila berasa cemburu dan mula membalas dendam. Akim juga cemburu melihat Mila dan Aril namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Farah tidak puas hati kerana rancangannya telah menyebabkan Aril dan Mila bertambah rapat. Die cuba memisahkan Mila dan Aril sekali lagi dengan mempergunakan Fitri.

Sementara itu, masalah timbul antara Lisa dan Anna apabila Anna menentang usaha Lisa untuk berbaik dengan Akim. Anna terlalu mencampuri urusan peribadi Lisa sehinggakan dia telah dipecat.

Untuk mengikuti kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan Drama Bersiri Kau dan Aku, Sabtu ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104).

Friday, January 1, 2010

Kau Dan Aku : Di Sebalik Tabir


Kau Dan Aku : Di Sebalik Tabir

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Kau Dan Aku Episod 11 : Mila nampak Akim, Noni berpelukan


Kau Dan Aku Episod 11 : Mila nampak Akim, Noni berpelukan
(Kredit murai.com.my)


Selepas acara berula, Akim tercari-cari Mila. Namun, Akim terserempak dengan Noni. Nonny memberanikan diri berbual dengan Akim dengan meminta maaf. Nonny menjelaskan sebab mengapa selama ini dia bersikap tidak mengenali Akim. Selama ini Noni bersikap demikian atas desakan pihak pengurusannya dan demi kerjayanya sebagai penyanyi.

Kemudian, Akim menjelaskan bahawa Nonny sudah terlambat. Akim kini serius dalam hubungannya bersama Mila. Tanpa disedari, perbualan mereka didengari Aril yang pada masa yang sama turut mencari Mila.

Mila menemui Fitri yang sedang menangis di bilik latihan muzik. Fitiri kelihatan amat sedih dengan peristiwa ketika saat menyanyi tadi. Mila cuba memujuk Fitri dan menjelaskan mereka masih perlu meneruskan persembahan bersama Aril nanti.

Fitri berkeras ingin pulang. Namun apabila Aril muncul dan memujuknya untuk membuat persembahan, Fitri akhirnya bersetuju. Aril kemudian meminta Fitri meninggalkan dia dan Mila untuk seketika kerana ada perkara ingin dibincangkan.

Aril memberitahu Mila yang dia baru sahaja terdengar perbualan antara Akim dan Noni. Aril menceritakan Akim dan Noni telah bercinta sejak di kampung lagi. Malah sehingga kini mereka masih menjalinkan hubungan namun ia dirahsiakan kerana kerjaya Noni. Mila menuduh Aril sengaja mereka-reka cerita lantas lari meninggalkan Aril.

Ketika inilah Mila terserempak Akim dan Noni berpelukan. Mila berasa amat terkejut dan sedih. Aril yang turut terserempak dengan kejadian itu cuba menghiburkan Mila. Sedikit-sebanyak, Mila mula mempercayai Aril.

Persembahan Aril berjalan lancar bersama Mila, Fitri, dan Noni menerusi lagu Lelaki Pujaan.

Tamat persembahan, suasana dingin mula berlaku apabila Mila berkasar dengan Akim. Akim bingung dan meminta perjelasan dari Mila tentang sikapnya itu. Mila memberitahu dia kini telah tahu hubungan Akim dan Noni. Akim cuba memberi perjelasan tapi Mila enggan menerimanya. Mila akhirnya memutuskan untuk mengakhiri hubungannya dengan Akim.