Kau Dan Aku Episod 12 : Fitri Mula Benci Mila
(Kredit murai.com.my)
Suasana kolej jadi kecoh apabila berita Farah dan Aril sudah putus cinta tersebar. Aril yang dahulunya terkenal dengan sifat sombong berubah menjadi seorang yang peramah dan baik hati. Ini menyebabkan hubungannya dan Mila kembali mesra. Kemesraan Mila dan Aril juga adalah hasil dorongan ibu Mila sendiri dan pada masa yang sama, Mila tidak sedar yang kemesraannya dengan Aril adalah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Akim yang dilihat kembali rapat dengan Lisa.
Hubungan mesra antara Akim dan Lisa sebenarnya adalah atas dasar kawan, walaupun Lisa sendiri sentiasa mengharapkan Akim kembali menjadi kekasihnya. Akim bagaimanapun telah menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk diakembali bersama Lisa kerana hatinya kini hanya untuk Mila. Disebalik hubungan akrab antara Akim dan Lisa itu, wujud pula perasaan cemburu dari Farish.
Akim pula mencemburui keakraban Mila dan Aril namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sikap Mila terhadapnya masih dingin.
Farah pula mula memikirkan cara baru untuk memisahkan Mila dan Aril setelah rancangan awalnya gagal. Dia terfikir untuk mempergunakan Fitri dalam perancangan jahatnya, Farah tahu yang Fitri sebenarnya memendam perasaan terhadap Aril dan pada masa yang sama sangat mencemburui Mila. Rancangannya berjaya apabila Fitri sedikit sebanyak mula terpengaruh untuk membenci Mila.
No comments:
Post a Comment