Mila percaya pada rezeki, nasib
(Kredit SinarHarian)
Nama Mila sudah tidak asing dalam industri seni hiburan tanah air. Merupakan juara wanita pertama dalam program realiti Akademi Fantasia (AF), bakat Mila tidak perlu disangkal lagi. Walaupun AF akan memasuki musim kelapan, namun, Mila masih segar dalam industri ini.
Kini kerjayanya diperluaskan lagi dengan mencuba dalam bidang lakonan. Ternyata, Mila bukan hanya boleh menyanyi, malah turut punya bakat besar dalam bidang lakonan.
Umum mengetahui tutupnya syarikat Maestro Talent, nasib artis AF di bawah label Maestro terumbang-ambing. Ada yang bijak menggunakan nama dan bakat mereka. Namun ada juga yang tersungkur jatuh dan tidak tahu ke mana. Pun begitu, Astro di bawah label Astro Entertainment telah mengambil artis-artis ‘segera’ ini dan diserapkan di bawah label Astro Entertainment termasuklah Mila.
Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 23 tahun ini merupakan antara tiga artis wanita yang diserapkan ke Astro Entertainment. Tidak sekadar itu, kontrak Mila disambung lagi kepada dua tahun sehingga ada yang mengatakan Mila merupakan ‘anak emas’ kepada labelnya itu. Mila menyangkal dakwaan tersebut dan percaya kepada rezeki dan nasib.
“Mila bersyukur dengan apa yang Mila dapat sekarang. Mila akui mungkin ada orang akan cakap fasal ini, tapi Mila ingin tegaskan Mila bukan anak emas. Mila sama seperti artis lain yang masih bersama Astro cuma, nasib kami mungkin berbeza.
“Memang benar, kontrak Mila sudah disambung selama dua tahun. Ada juga yang terkejut dengan keputusan Mila ini. Tapi bila Mila fikir semula, Mila bermula dari Astro, tak mungkin Mila akan melupakan jasa Astro kepada Mila selama ini. Lagipun, selama ini Mila senang dengan pengurusan Astro dan Mila harapkan ia akan berpanjangan.
“Cuma dalam kontrak kali ini, syarikat Mila yang menjaga semua aktiviti seni Mila lebih serius dan mahukan hak sama rata dapat diberikan kepada Mila. Memang pada awalnya, memang tegang juga antara peguam Astro dan peguam daripada pihak Mila. Tapi lebih baik kita bergaduh sebelum kontrak daripada terjadinya apa-apa masalah selepas itu.
“Alhamdulillah, setelah pelbagai perbincangan dilakukan, semuanya berjalan baik. Mila harap tidak ada lagi spekulasi mengatakan Mila ini anak emas. Mila juga seperti artis lain,” jelasnya yang turut bersama-sama Stacy dan Isma di bawah bumbung yang sama.
No comments:
Post a Comment