
Selepas acara berula, Akim tercari-cari Mila. Namun, Akim terserempak dengan Noni. Nonny memberanikan diri berbual dengan Akim dengan meminta maaf. Nonny menjelaskan sebab mengapa selama ini dia bersikap tidak mengenali Akim. Selama ini Noni bersikap demikian atas desakan pihak pengurusannya dan demi kerjayanya sebagai penyanyi.
Kemudian, Akim menjelaskan bahawa Nonny sudah terlambat. Akim kini serius dalam hubungannya bersama Mila. Tanpa disedari, perbualan mereka didengari Aril yang pada masa yang sama turut mencari Mila.
Mila menemui Fitri yang sedang menangis di bilik latihan muzik. Fitiri kelihatan amat sedih dengan peristiwa ketika saat menyanyi tadi. Mila cuba memujuk Fitri dan menjelaskan mereka masih perlu meneruskan persembahan bersama Aril nanti.
Fitri berkeras ingin pulang. Namun apabila Aril muncul dan memujuknya untuk membuat persembahan, Fitri akhirnya bersetuju. Aril kemudian meminta Fitri meninggalkan dia dan Mila untuk seketika kerana ada perkara ingin dibincangkan.
Aril memberitahu Mila yang dia baru sahaja terdengar perbualan antara Akim dan Noni. Aril menceritakan Akim dan Noni telah bercinta sejak di kampung lagi. Malah sehingga kini mereka masih menjalinkan hubungan namun ia dirahsiakan kerana kerjaya Noni. Mila menuduh Aril sengaja mereka-reka cerita lantas lari meninggalkan Aril.
Ketika inilah Mila terserempak Akim dan Noni berpelukan. Mila berasa amat terkejut dan sedih. Aril yang turut terserempak dengan kejadian itu cuba menghiburkan Mila. Sedikit-sebanyak, Mila mula mempercayai Aril.
Persembahan Aril berjalan lancar bersama Mila, Fitri, dan Noni menerusi lagu Lelaki Pujaan.
Tamat persembahan, suasana dingin mula berlaku apabila Mila berkasar dengan Akim. Akim bingung dan meminta perjelasan dari Mila tentang sikapnya itu. Mila memberitahu dia kini telah tahu hubungan Akim dan Noni. Akim cuba memberi perjelasan tapi Mila enggan menerimanya. Mila akhirnya memutuskan untuk mengakhiri hubungannya dengan Akim.
No comments:
Post a Comment