Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Monday, November 30, 2009

Video Mila di Jom! Hijaukan Malaysia

Video Mila di Jom! Hijaukan Malaysia
(Kredit procompsognathus737@youtube)

Mila & Dafi - The Start Of Something New


Mila, Dafi, Marsha & Nana - We're All In This Together


Sunday, November 29, 2009

Mila di Aquaria KLCC bersama pemenang Kau Dan Aku di ERA


Mila di Aquaria KLCC

bersama pemenang Kau Dan Aku di ERA











Mila Tak Iri Hati Pada Teman AF

Mila Tak Iri Hati Pada Teman AF
(Kredit gua.com.my)


Sudah dua kali mencuba nasib tetapi kecundang juga di Separuh Akhir Muzik-Muzik. Ada yang mungkin menyifatkan kekalahan itu sebagai belum tibanya lagi rezeki Nursyarmila Jirin atau mesra disapa Mila, di Anugerah Juara Lagu (AJL).

Namun, bila dibandingkan dengan kejayaan teman-teman Akademi Fantasia (AF) lain yang merupakan juniornya, seperti Stacy (AF6) yang akan beraksi untuk kali keduanya di AJL, sementara Hafiz dan Akim yang baru enam bulan meninggalkan Akademi pun berjaya melayakkan diri ke AJL24, tak mungkin tidak timbul rasa geram atau terkilan pada diri Mila.

"Saya selalu 'set'-kan dalam fikiran, jika kita menang setiap pertandingan, siapa pula yang akan kalah? Kalau dapat (masuk AJL), ia satu bonus. Kalau tak dapat, cuba lagi di tahun depan. Tambahan pula, persaingan tahun ini hebat-hebat dan diketengahkan pula format baru di mana tiada kategori yang dipertandingkan. Tapi saya tak serik untuk mencuba lagi di tahun depan. Nama pun pertandingan, kan?

"Lagipun, AJL ialah pertandingan lagu. Juri tidak melihat 100% pada persembahan penyanyi. Sebagai penyampai lagu, saya hanya mampu membuat yang terbaik. Tak timbul isu iri hati pada junior. Kami semua membawa jenama yang sama. Saya bangga dengan pencapaian mereka," ujar juara musim kelima AF ini.

Mila ditemui tengah hari tadi di Paya Indah Wetlands, Kuala Langat, Selangor di mana bersama Dafi, Marsha dan Nana, mereka dan lebih daripada 300 kanak-kanak berusia di antara 9 - 14 tahun telah menanam 1,500 anak-anak pokok sempena projek 'Jom, Hijaukan Malaysia!' anjuran Disney.

Tambahnya lagi, dengan pencapaian yang membanggakan dari artis-artis realiti di Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun ini, ia sedikit sebanyak menangkis persepsi masyarakat bahawa bakat yang dilahirkan dari program realiti hanya sekadar 'penyanyi mi segera'.

"Semua program realiti memberikan satu 'platform' yang baik untuk anak-anak muda, seperti saya, menengahkan bakat nyanyian mereka. Tanpa AF, tak mungkin saya dapat peluang yang saya perolehi hari ini. Apa yang penting ialah bagaimana kita menggunakan 'platform' itu dengan betul.

"Dan kita tidak perlu gusar dengan kemasukan bakat-bakat baru ini. Kehadiran mereka memberikan persaingan sihat kepada artis-artis sedia ada untuk berusaha lebih kuat dalam mengukuhkan kedudukan mereka di dalam industri."

Ingin teman lelaki tapi ...

Dari segi perkembangan karier, selain drama 'Kau & Aku' yang sedang ditayangkan di Astro Ria, Mila telah menyumbangkan suaranya untuk filem popular Disney, 'High School Musical 3' yang akan ke udara di Saluran Disney pada 5 Disember ini, jam 7.30 petang, di mana dia membawa watak Gabriella.

Mila juga berkongsi yang dia sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbarunya, yang akan beralih dari konsep pop rock sebelum ini, seperti yang kedengaran dalam single "Jika Kau Ubah Fikiran" kepada genre balada.

Ditambah pula dengan perniagaan produk kecantikannya, LuvMILA, gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, buat masa ini, keutamaan diberikan kepada kerjaya. Meskipun teringin mempunyai seorang kekasih, namun Mila bimbang tidak dapat memberi komitmen penuh pada percintaan itu.

"Bukan trauma atas kegagalan percintaan dahulu, sebaliknya saya belajar dari kesilapan lalu. Cuma saya khuatir tidak dapat berikan perhatian penuh. Saya akui ada yang ingin mendekati tetapi saya yang hadkan. Terus-terang saya beritahu mereka saya nak fokus pada kerja dulu. Bila saya dah bersedia, baru kami teruskan," ujarnya yang menafikan mereka yang berminat itu dari kalangan VIP.

Kau Dan Aku OST - Kisah Kita Berdua

Kau Dan Aku OST - Kisah Kita Berdua
(Kredit procompsognathus737@youtube)



Terkadang aku bingung
Lelaki itu baik sangat
Padaku ramah pada teman ku ramah
Takut ada yang salah mengerti (oh ya?)

Gadis itu comel sangat
Buat aku tak kering gusi
Selalu confident yakin diri sendiri
Tapi kadang lupa diri (woi betulke?)

Kadang geram dan lucu ( kalau diingat-ingat )

Seronok kisahnya tentang kita berdua
tak terasa pun masa berlalu sangat cepat
tanpa kita sedari
tak habis cerita tentang kamu dan aku
melalui hari hari yang selalu kita lalui berkongsi dgn kamu

kawan tahukah kamu kelmarin kulihat dia
andai tak ada teman istimewa pasti sudah ku dekat dia

kalau aku lain ceritanya aku geram tengok dia
selalu aja curi perhatian pada kekasihku tersayang

geramku dibuatnya (kenapa begini?)

Kau Dan Aku : Ulasan Episod 6


Kau Dan Aku : Ulasan Episod 6
(Kredit astro.com.my/kaudanaku)


Seperti episod-episod minggu lepas, episod keenam drama Kau & Aku yang telah disiarkan sebentar tadi sangat menarik. Episod kali ini memaparkan kisah dimana bibit-bibit cinta antara Akim dan Mila mula berputik.Namun Aril tidak mudah melepaskan Mila. Pelbagai cara dilakukan untuk menjalinkan hubungan mereka kembali. Namun dari riak wajah Mila, ternyata dia sudah tidak ada hati lagi dengan Aril kerana dia sudah mula membuka pintu hatinya buat Akim.

Akim dan Mila benar-benar dilamun cinta. Paling mendebarkan saat Akim ingin meluahkan perasaannya terhadap Mila. Namun hajat Akim tidak kesampaian apabila Lisa tiba-tiba muncul di cafe. Sekali lagi akim gagal meluahkan perasaannya. Kemuncak episod keenam ini adalah ketika Akim bertemu Mila di cafe. Namun Akim menjadi tidak tentu arah setelah ternampak Lisa. Sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan tentang hubungan antara Akim dan Lisa.

Apakah akan terjadi dalam episod ketujuh? Jangan lupa saksikan episod Drama Kau & Aku yang seterusnya setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

Kau Dan Aku Episod 6 (28/11/09)


Kau Dan Aku Episod 6 (28/11/09)

(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Thursday, November 26, 2009

Kau Dan Aku Episod 6 : Jadian


Kau Dan Aku Episod 6 : Jadian
(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)


Ketika Mila masuk ke dalam bilik untuk mencari Fitri, dia dapati Fitri tiada di bilik. Lalu menelefon Fitri, Akim pula tidak sabar ingin menceritakan kepada Farish tentang dia dan Mila dan segera telefon Farish. Keesokan harinya, Aril dan Asraf berbincang tentang Akim kerana ingin tahu siapa sebenarnya Akim. Aril memberitahu Asraf bahawa Akim kini mula rapat dengan Mila dan dia tidak suka jika hal itu terjadi kerana dia merancang untuk kembali bersama Mila. Apabila Asraf bertanyakan tentang Farah, Aril memberitahu akan memikirkan cara untuk putus dengan Farah. Disebalik loker, Anita terdengar perbualan mereka dan segera berlalu mencari Farah.

Sementara itu, Akim yang sedang khayal bermain gitar dikejutkan dengan usikkan Farish. Apabila ditanya sudahkah Akim meluahkan perasaannya kepada Mila, Akim kelu untuk menjawab kerana dia sudah mula jatuh cinta terhadap Mila. Akim disarankan untuk meluahkan isi hatinya sebelum terlambat. Apabila Farah diberitahu oleh Anita bahawa Aril adalah bekas kekasih Mila dan ingin kembali bersamanya, Farah sungguh terkejut dan marah kerana Aril merancang untuk putus dengannya.

Di bilik Puan Lutfiah, Lisa sedang berbincang tentang peserta-peserta yang layak mengikuti uji bakat untuk konsertnya nanti. Puan Lutfiah mencadangkan bahawa Mila adalah pilihan yang tepat tetapi Lisa tidak setuju, menurutnya persembahan Mila kurang memuaskan. Tetapi bagi Puan Lutfiah semua itu boleh berubah dengan latihan yang cukup, mereka masih ada 3 bulan lagi untuk berlatih.

Mila yang sibuk berlatih menyanyi telah diperhatikan oleh Akim, lalu masuk ke dalam bilik sambil bertepuk tangan. Mila tunduk tersipu malu, Akim mengajaknya minum di kafe. Ketika keluar, Lisa terlihat mereka dengan perasaan curiga lalu mengekori mereka. Farah dan kawan-kawannya sedang berehat dibiliknya, tiba-tiba Farah mendapat idea yang cukup hebat. Hari jadi Aril bakal tiba dan Farah merancang untuk melakukan sesuatu. Apakah rancangan tersebut?

Ketika Mila dan Akim sedang menikmati hidangan di kafe, Akim memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Mila. Mila yang terkejut pada awalnya tidak tahu berkata apa tetapi tetap menerima cinta Akim. Namun, tiba-tiba Lisa masuk ke kafe dan semua orang terkejut melihatnya. Sikap Akim pula mula berubah ketika melihat Lisa. Mila hairan dengan sikap Akim itu, apakah kerana adanya Lisa di kafe?

Jangan lupa saksikan episod keenam Drama Kau dan Aku Sabtu ini jam 10 malam. Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

Jom Hijaukan Malaysia Dengan Dafi, Mila

Jom Hijaukan Malaysia Dengan Dafi, Mila
(Diambil dari murai.com.my)


KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2009: Isu pemanasan global nampaknya masih terus menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh seluruh masyarakat dunia. Tidak kurang yang berusaha untuk memelihara kehijauan alam yang semakin pupus akibat pembangunan yang terlalu berleluasa.

Atas sebab itu, Saluran Disney bersama pelakon suara latar High School Musical 3 versi Malaysia khususnya Dafi dan Mila, berhasrat mengundang seluruh kanak-kanak di negara ini untuk menjayakan projek Jom, Hijaukan Malaysia!

Projek penananam pokok ini diadakan bagi tujuan memperkasa kanak-kanak yang berusia dari 9 - 14 tahun untuk membantu menghijaukan semula Paya Indah Wetlands di Kuala Langat, Selangor pada 29 November ini.

Dafi dan Mila yang memainkan suara latar sebagai Troy dan Gabriella akan mengetuai acara menanam pokok bersama-sama dengan pelakon suara latar yang lain iaitu Nana (Sharpay), Marsha (Taylor) dan Fauziah Nawi (Puan Darbus).

Pengarah Urusan dan Naib Presiden Saluran Disney Asia Tenggara, Laura E. Wendt, berkata, projek penanaman pokok ini adalah usaha positif ke arah memelihara alam sekitar.

"Jom, Hijaukan Malaysia! telah menjemput kanak- kanak berusia antara 9 -14 tahun untuk mengajak kawan-kawan mereka menyertai kempen berfaedah ini. Layarilah http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/interact/competition/treeplanting/ dan mendaftar untuk menanam pokok bersama Saluran Disney pada 29 November ini.

"Mereka juga boleh melakukannya menerusi talian bebas tol 1800 888 566 untuk mendaftar. Sungguhpun begitu, kanak-kanak mesti mendapat kebenaran dari ibubapa atau penjaga mereka sebelum mendaftar," katanya.

Sunday, November 22, 2009

Kau Dan Aku Episod 6 : Aril Mahu Pikat Mila Semula


Kau Dan Aku Episod 6 : Aril Mahu Pikat Mila Semula
(Diambil dari murai.com.my)


Aril bersama Asraf di koridor locker berbincang tentang Akim. Aril ingin tahu siapa sebenarnya Akim itu? Asraf memberitahu dia kerap melihat Akim bersama Farish. Aril tak suka jika Mila rapat dengan budak lelaki lain, sebab dia berniat untuk balik ke Mila.

Asraf tanya bagaimana dengan Farah? Anita mendengar percakapan Aril dan Asraf. Dia pun cepat-cepat nak beritahu Farah.

Sementara itu, nampak Akim bermain gitar di bilik radio sambil mengingat kembali saat-saat indah bersama Mila ketika tengah berjalan-jalan semalam. Farish mengintai Akim yang tengah tersenyum-senyum sendiri, lalu mengusik Akim.

Adakah Akim sudah menyatakan perasaannya kepada Mila? Apakah Akim benar-benar telah jatuh cinta pada Mila? Yang pasti dia seronok dan selesa jika bersama dengan Mila. Kalau suka, dia memang suka dengan Mila. Bagaimana pula kalau cinta?

Kau Dan Aku : Ulasan Episod 5


Kau Dan Aku : Ulasan Episod 5
(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)


Seperti episod-episod minggu lepas, episod kelima drama Kau & Aku yang telah disiarkan Sabtu lalu sangat menarik perhatian. Episod kali ini memaparkan kisah dimana Mila membuat persembahan dengan baik sekali. Dia mendapat pujian lantaran suaranya yang merdu dan bakat yang sedia ada.

Semasa Mila membuat persembahan, jelas kelihatan perasaan cemburu dan tidak puas hati Farah dan Lisa. Akan tetapi kemarahan Farah lebih memuncak apabila Anita memberitahunya bahawa dia telah terdengar pembicaraan antara Aril dan Ahsraf. Aril mengaku bahawa dia telah menjadi hero dimana dialah yang mencuri borang uji bakat Mila sebelum Farah.

Seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan yang boleh dibandingkan apabila menanti saat Akim meluahkan perasaannya kepada Farish. Akhirnya Akim megajak Mila keluar. Gandingan kedua-dua mereka seakan begitu serasi. Cinta antara Akim dan Mila mula berputik apatah lagi kedua-dua mereka sememangnya menaruh perasaan di antara satu sama lain.

Kemuncak episod kelima ini adalah ketika Aril terlihat Akim bersama-sama Mila. Kemesraan di antera mereka berdua menimbulkan perasaan marah dan cemburu yang meluak-luak. Namun Aril menolak ketika Fitri mempelawanya bertemu Mila.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Farah untuk membalas dendam terhadap Aril? Jangan lupa saksikan episod Drama Kau & Aku yang seterusnya setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

Kau Dan Aku Episod 5 : Cemburu

Kau Dan Aku Episod 5 : Cemburu
(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)


Tiba giliran Mila untuk menyanyi, suaranya kedengaran merdu dengan diiringi lagu indah. Lisa yang mendengar mengakui dalam hati bahawa Mila ada bakat tetapi dia tidak akan biarkan Mila menjadi penyanyi terkenal sepertinya. Aril kelihatan cemburu apabila melihat kemesraan diantara Mila dan Akim. Selesai uji bakat, Farah ingin menyiasat siapa yang mengambil borang Mila dengan itu dia berpura-pura rapat dengan Akim tetapi tidak di layan. Akim memberitahu bahawa dia tidak akan berkawan dengan orang yang tidak jujur dan suka menikam dari belakang.

Akim akhirnya jujur memberitahu Farish bahawa dia selesa apabila bersama Mila dan Farish mencadangkan agar dia mengajak Mila keluar. Akhirnya, pada petang yang cerah selepas kelas Akim memberanikan diri untuk mengajak Mila keluar berjalan-jalan di taman sambil menikmati suasana.

Sementara itu di kolej, Lisa memberanikan diri untuk bertanya kepada Farish tentang Akim dan Mila. Di tempat lain pula, ketika Akim menghantar Mila pulang ke rumah, Aril melihat mereka berdua jalan berpegangan tangan.
Aril merasa sungguh terkejut dan marah melihat Akim dan Mila.

Apakah Lisa masih ada perasaan dengan Akim? Sanggupkah Aril melihat Mila bersama Akim? Saksikan episod kelima Drama Kau dan Aku malam ini jam 10 malam. Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

Kompilasi single daripada AESB

Kompilasi single daripada AESB
(Diambil dari MyMetro)

Dek kerana permintaan tinggi, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kini tampil dengan album kompilasi ‘single’ sembilan artis di bawah naungannya.

Menerusi album kompilasi Era Radio Hitz, 10 lagu dimuatkan khas, antaranya Menggegar Dunia (Stacy dan Adam), Sugul (Yazid), Berbicara (Isma), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi dan KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy) dan Maafkan (Anita Sarawak).

Diterbitkan oleh Warner Music Malaysia, peminat berpeluang memiliki sendiri lagu terbaik nyanyian barisan artis yang menduduki carta tertinggi radio sepanjang 2009.

Tambah menarik, lagu berjudul Bengang nyanyian Akim juga mencatat rekod lagu paling lama mengungguli carta lagu nombor satu radio Hot FM.

Di carta Era pula, Pakai Buang (Stacy) berjaya ada selama 11 minggu berturut-turut, Menatap Matamu (Aril AF7) selama enam minggu, Masih Jelas (Hafiz AF7) dan Bengang (Akim AF7) selama 24 minggu dan Jika Kau Ubah Fikiran (Mila) lima minggu.

Lagu lain yang mendaki anak tangga carta 40 Era ialah Menggegar Dunia (Stacy dan Adam), Sugul (Yazid) dan Berbicara (Isma).

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, album kompilasi ini turut menampilkan tujuh muzik video percuma.

Album kedua terbitan AESB ini dijangka ada di pasaran seluruh Malaysia akhir November ini. Kompilasi khas untuk peminat ini boleh didapati dengan harga RM21.90.

Pendengar juga berpeluang mendapatkan 10 single terhangat ini melalui nada dering di laman web Maxis, Digi dan Celcom.

Kau Dan Aku Episod 5 (21/11/09)


Kau Dan Aku Episod 5 (21/11/09)
(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Everyoneconnects BIG EVENT

Everyoneconnects BIG EVENT
(Taken from EveryoneConnects Facebook)









Ucapan Ulangtahun Ke 2 Murai.com.my


Ucapan Ulangtahun Ke 2 Murai.com.my
(Diambil dari Murai.com.my)

Mila
Selamat ulangtahun buat Murai. Semoga Murai lebih maju dan terus maju. Kepada semua peminat Mila di Murai, terima kasih atas sokongan dan teruslah menyokong Mila. Majulah Murai untuk negara.

Monday, November 16, 2009

'Jom, Hijaukan Malaysia' Bersama Dafi, Mila


'Jom, Hijaukan Malaysia' Bersama Dafi, Mila

(Diambil dari gua.com.my)


Saluran Disney dan para artis yang telah menyumbangkan suara mereka untuk filem 'High School Musical 3' (HSM3) menjemput kanak-kanak berusia di antara sembilan dan 14 tahun untuk bersama-sama mereka 'Jom, Hijaukan Malaysia!'.

Projek 'Jom, Hijaukan Malaysia' bertujuan untuk mendapatkan penglibatan kanak-kanak dalam usaha menghijaukan semula Paya Indah Wetlands di Kuala Langat, Selangor pada pagi 29 November ini.

Ini merupakan sebahagian daripada acara pelancaran edisi ketiga filem francais Disney, HSM3 yang bakal disiarkan di saluran Disney pada 5 Disember, jam 7.30 petang.

Dafi dan Mila yang memainkan suara latar Troy dan Gabriella akan turut serta dalam acara menanam pokok ini, termasuk Nana (sebagai Sharpay), Marsha (Taylor) dan Fauziah Nawi (Mrs. Darbus).

Pengarah Urusan dan Naib Presiden Saluran Disney Asia Tenggara, Laura E Wendt berkata, "Mesej 'High School Musical 3' adalah untuk mencari suara hati dan mencapai impian anda. Dan projek ini memberi kami peluang untuk mencapai impian kami dengan bekerjasama melakukan perubahan kepada alam sekitar."

'Jom, Hijaukan Malaysia' menjemput kanak-kanak dan kawan-kawan mereka untuk mengambil bahagian dalam projek ini. Untuk mendaftar, layari www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/interact/competition/treeplanting/ atau hubungi talian bebas tol 1800 888 566 sebelum 24 November. Kanak-kanak perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum mendaftar.

Menang beg eksklusif HSM3
Buat pembaca bertuah gua.com.my, anda berpeluang memenangi beg eksklusif HSM3 dengan menelefon talian bebas tol dan memberikan frasa rahsia: 'I WANT TO GREEN MALAYSIA WITH DISNEY CHANNEL AND GUA!'. 20 pemanggil pertama yang mendaftar bagi 'Jom, Hijaukan Malaysia' dan memberikan frasa rahsia ini akan memenangi beg eksluklsif HSM3.


Kau Dan Aku : Episod 5 Akim Jatuh Cinta Pada Mila


Kau Dan Aku : Episod 5 Akim Jatuh Cinta Pada Mila

(Diambil dari murai.com.my)


Lisa tak akan biarkan Mila untuk menjadi penyanyi terkenal sepertinya. Apatah lagi Mila rapat dengan Akim.

Aril cemburu melihat Akim dan Mila yang ada chemistry. Manakala Farah geram dan marah melihat persembahan Mila. Dia-pun berpikir pelbagai cara untuk menyingkirkan Mila dari kolej ini.

Akim macam tak kisah dengan Farah. Farah nampak bingung, sebab dia dan Akim pernah berjanji untuk berkawan. Akim memberitahu bahawa dia tak nak berkawan dengan orang yang suka menikam dari belakang dan tak jujur. Farah sedih dengan kata-kata Akim tersebut.

Akim akhirnya jujur memberitahu Farish bahawa dia rasa lain macam ketika berjumpa dengan Mila. Dia rasa selesa ketika bersamanya. Perasaan ini dah lama hilang dari dirinya. Akem memberanikan diri untuk mengajak Mila keluar berjalan-jalan.

Lisa semakin meluat melihat Akim dan Mila makin rapat. Lisa memberanikan diri untuk bertanya kepada Farish. Farish pun berpikir, apakah Lisa masih suka dengan Akim?

Kau Dan Aku Episod 4 (14/11/09)


Kau Dan Aku Episod 4 (14/11/09)
(Kredit youandme1810@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Saturday, November 14, 2009

Kau Dan Aku : Ulasan Episod 4

Kau Dan Aku : Ulasan Episod 4
(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)


Seperti episod-episod sebelumnya, episod keempat drama Kau & Aku yang disiarkan sebentar tadi di Astro Ria (saluran 104) sungguh menarik. Episod keempat lebih mengisarkan tentang sesi ujibakat yang diadakan untuk memilih penyanyi yang bakal membuat persembahan pembukaan Konsert Lisa.

Mila yang akhirnya bersetuju untuk menyertai ujibakat tersebut mula membuat latihan bersama Akim. Dalam episod keempat ini jelas memperlihatkan tentang perasaan tidak puas hati Farah dan Lisa terhadap Mila. Lebih-lebih lagi ketika Farah, Anita dan Chichi menyerang Mila ketika dia sedang membuat latihan bersama Fitri.Walaubagaimanapun semuanya terbayar apabila dapat melihat mimik muka Farah ketika dimarahi Puan Norah. Ia sememangnya mampu memuaskan hati semua penonton lebih-lebih lagi apabila terbayangkan saat-saat Farah memarahi Mila.

Selain itu, babak ketika Farah cuba mencuri borang penyertaan Mila sememangnya berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Siapakah yang terlebih dahulu mencuri borang penyertaan Mila? Mungkinkah Lisa yang juga menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Mila?

Walaubagaimanapun, Aril benar-benar berjaya menyelamatkan keadaan. Mila yang pada mulanya kecewa setelah mengetahui tentang kehilangan borang penyertaannya akhirnya terkejut apabila mendengar namanya dipanggil untuk membuat persembahan. Namun, Mila tetap berjaya memukau kesemua penonton yang hadir pada sesi ujibakat tersebut sekaligus mendapat tepukan yang gemuruh.

Adakah Mila terpilih untuk membuat persembahan pembukaan konsert Lisa? Siapakah yang sebenarnya mencuri borang penyertaan Mila? Inginkan jawapannya? Jangan lupa saksikan episod seterusnya Drama Kau & Aku setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

Kau Dan Aku : Episod 4 Ujibakat

Kau Dan Aku : Episod 4 Ujibakat
(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)


Menyedari Mila akhirnya bersetuju menyertai sesi uijibakat yang diadakan oleh Lisa, Farah dan kawan-kawannya nekad untuk mencuri borang penyertaan Mila. Walaubagaimanapun mereka gagal mendapatkan borang tersebut kerana borang Mila tiada di tempat yang sepatutnya. Ketiga-tiga mereka hairan namun tetap bersyukur kerana ada orang lain yang telah memudahkan kerja mereka.

Sewaktu Mila menunggu giliran untuk membuat persembahan, Mila diberitahu oleh Akim bahawa borang pendaftarannya telah hilang dan menyebabkan penyertaan Mila dibatalkan. Akim dan kawan-kawan yang lain cuba untuk memujuk Lisa agar membenarkan Mila menyertai ujibakat tersebut. Tiba-tiba Aril datang memberi borang penyertaan Mila kepada Lisa.

Mila dan Akim hairan bagaimana borang tersebut berada di tangan Aril. Walaubagaimanapun kesemua mereka berasa sangat gembira kerana akhirnya Mila layak menyertai ujibakat tersebut. Semasa Mila membuat persembahan Farah memandang Mila dengan wajah tidak puas hati kerana risau Mila akan menjadi penghalang besar baginya. Lisa turut menatap Mila dengan tatapan cemburu, kerana menyangka Akim mungkin sudah jatuh cinta dengan Mila.

Bagaimanakah borang penyertaan Mila boleh berada di tangan Aril? Ingin mengetahui kisah di sebaliknya? Jangan lupa saksikan episod keempat Drama Muzikal Kau dan Aku Sabtu ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104).

Monday, November 9, 2009

Gambar Mila di HotFM MiniJam, Ipoh

Gambar Mila di HotFM MiniJam, Ipoh
Dataran Bandaraya Ipoh, Perak







Video Mila di HotFM MiniJam, Ipoh Perak


Video Mila di HotFM MiniJam, Ipoh Perak

Dataran Bandaraya, Ipoh Perak
(Kredit procompsognathus737@youtube)

Aku Lebih Tahu


Jika Kau Ubah Fikiran


Ucapan


Sunday, November 8, 2009

Muzik Muzik Separuh Akhir Mila - Gila

Muzik Muzik Separuh Akhir 2009
Mila - Gila
(Kredit SubMstation@youtube)



Kau Dan Aku : Ulasan Episod 3


Kau Dan Aku : Ulasan Episod 3
(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)

Episod ketiga drama Kau & Aku yang disiarkan sebentar tadi di Astro Ria (saluran 104) sungguh menarik. Episod ketiga ini bibit-bibit percintaan antara Mila dan Akim seakan sudah mula berputik. Lebih banyak adegan romantis diselitkan di dalam episod ini dan sudah semestinya ia mampu menyebabkan ramai gadis berada di awang-awangan.

Seperti episod pertama dan kedua, kesemua watak dapat dijiwai dengan baik. Lebih2 lagi watak Mila yang lebih banyak bermain dengan emosi dan perasaan. Selain itu lakonan Ika Nabila dan Puteri Fateen seharusnya diberi pujian kerana berjaya menampilkan lakonan yang bersahaja sesuai dengan watak yang dibawakan.

Adegan paling menarik di dalam episod ini ialah adegan di mana Mila terlanggar Akim. Di sinilah kemuncak episod ketiga ini. Apabila mata bertentang mata dan cinta pun mula berputik di hati. Saat Mila memegang pipi Akim dan ketika Akim mengenggam tangan Mila sudah semestinya ribuan peminat Akim dan Mila di luar sana cemburu dan ingin berada di tempat Akim dan Mila.

Selain itu lakonan Farah dan Anita juga berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua penonton. Sikap mereka yang gedik, berlagak dan mengada-ngada menyebabkan penonton sakit hati kerana turut merasai tekanan yang dialami oleh Mila. Dek kerana cemburukan Mila yang sentiasa didekati oleh Aril Farah sentiasa cuba untuk menghalang kejayaan Mila.

Kisah cinta antara Akim dan Mila kian berputik. Apakah kisah yang bakal berlaku di dalam episod keempat Kau & Aku minggu hadapan? Jangan lupa saksikan episod seterusnya Drama Kau & Aku setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104).

Kau Dan Aku Episod 3 (7/11/09)


Kau Dan Aku Episod 3 (7/11/09)

(Kredit youandme@youtube)

Part I


Part II


Part III


Part IV


Part V


Part VI


Friday, November 6, 2009

Ucapan Mila selepas Semifinal Muzik-Muzik


Ucapan Mila selepas Semifinal Muzik-Muzik
(Kredit procompsognathus737@youtube)



Mila - Menanti Promo Kau Dan Aku


Mila - Menanti Promo Kau Dan Aku
(Kredit procompsognathus737@youtube)



Jom, Hijaukan Malaysia!

Jom, Hijaukan Malaysia!
(Diambil dari Event FB Jom, Hijaukan Malaysia!)






Thursday, November 5, 2009

Gila (Rehearsal Semifinal Muzik-Muzik)


Gila (Rehearsal Semifinal Muzik-Muzik)

Mila
(Kredit procompsognathus737@youtube)



Kau Dan Aku : Episod 2 Itulah Perlunya Kawan


Kau Dan Aku : Episod 2 Itulah Perlunya Kawan
(Diambil dari murai.com.my)


Lisa bakal membuat konsert solonya di Kuala Lumpur pada tahun ni. Dia merancang mencari seorang penyanyi untuk membuat persembahan pada pembukaan konsertnya itu. Dia pun mengadakan uji bakat di kolej harmonui. Ramai mahu menyertai ujibakat tersebut termasuklah Farish, Akim, Wenny dan Nadia.

Fitri memujuk Mila untuk ikut uji bakat tetapi Mila menolaknya. Wenny dan Nadia turut memujuk Mila supaya sertai uji bakat berkenaan. Namun, Mila tetap menolak. Akhirnya, Akim berjaya memujuk Mila untuk ke sesi uji bakat itu.

Farah naik angin selepas dapat tahu Mila akan sertai uji bakat itu. Farah bersikap demikian apabila mendengar hasutan daripada Chici.

Farah tak mahu Mila ke uji bakat dan cuba pelbagai cara untuk menghalang Mila. Secara tiba-tiba, borang penyertaan Mila hilang. Adakah Farah mencurinya? Mungkinkah Mila akan gagal di uji bakat itu?

Kau Dan Aku : Episod 2 Itulah Perlunya Kawan


Kau Dan Aku : Episod 2 Itulah Perlunya Kawan

(Diambil dari astro.com.my/kaudanaku)


Akim dan Fitri hairan dengan perubahan sikap Mila kerana salah anggap terhadap Akim. Apabila keluar dari bilik muzik, Aril datang secara tiba-tiba lalu bertanyakan tentang sikap Mila yang tidak kena tetapi Mila cepat-cepat meninggalkan Aril. Aril mula mensyaki Mila mempunyai hubungan dengan orang lain.

Lisa akan mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur dan merancang untuk mencari seorang penyanyi untuk membuat persembahan pembukaan di konsertnya nanti dan dengan bantuan Farish, Akem, Wenny dan Nadia, mereka mula sibuk membuat persiapan uji bakat tersebut.

Pujukkan Fitri, Wenny dan Nadia ditolak baik oleh Mila untuk mengikuti uji bakat tersebut dan akhirnya atas sokongan dan kemaafan dari Akim, Mila bersetuju untuk menyertainya. Apabila Farah mendapat tahu bahawa Mila akan turut serta dalam uji bakat tersebut, dia mula mencari cara untuk menghalang Mila dari menyertainya.

Pada malam Farah dan kawan-kawannya bertindak untuk mencuri borang pendaftaran uji bakat Mila, mereka terkejut kerana borang Mila tiada. Adakah ada orang lain yang mencurinya? Siapakah yang cuba menghalang Mila selain Farah? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan episod ketiga Drama Kau dan Aku Sabtu ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104) dan jangan lupa nantikan kemunculan Akim dan Nonny jam 6.00 petang ini di Radio ERA Rentak Muzik Terkini.

Behind The Scene Kau Dan Aku

Behind The Scene Kau Dan Aku

(Kredit FB Diki Rahman)



(Kredit to FB Wirasandi Ruslan)