Saluran Disney dan para artis yang telah menyumbangkan suara mereka untuk filem 'High School Musical 3' (HSM3) menjemput kanak-kanak berusia di antara sembilan dan 14 tahun untuk bersama-sama mereka 'Jom, Hijaukan Malaysia!'.
Projek 'Jom, Hijaukan Malaysia' bertujuan untuk mendapatkan penglibatan kanak-kanak dalam usaha menghijaukan semula Paya Indah Wetlands di Kuala Langat, Selangor pada pagi 29 November ini.
Ini merupakan sebahagian daripada acara pelancaran edisi ketiga filem francais Disney, HSM3 yang bakal disiarkan di saluran Disney pada 5 Disember, jam 7.30 petang.
Dafi dan Mila yang memainkan suara latar Troy dan Gabriella akan turut serta dalam acara menanam pokok ini, termasuk Nana (sebagai Sharpay), Marsha (Taylor) dan Fauziah Nawi (Mrs. Darbus).
Pengarah Urusan dan Naib Presiden Saluran Disney Asia Tenggara, Laura E Wendt berkata, "Mesej 'High School Musical 3' adalah untuk mencari suara hati dan mencapai impian anda. Dan projek ini memberi kami peluang untuk mencapai impian kami dengan bekerjasama melakukan perubahan kepada alam sekitar."
'Jom, Hijaukan Malaysia' menjemput kanak-kanak dan kawan-kawan mereka untuk mengambil bahagian dalam projek ini. Untuk mendaftar, layari www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/interact/competition/treeplanting/ atau hubungi talian bebas tol 1800 888 566 sebelum 24 November. Kanak-kanak perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum mendaftar.
Menang beg eksklusif HSM3
Buat pembaca bertuah gua.com.my, anda berpeluang memenangi beg eksklusif HSM3 dengan menelefon talian bebas tol dan memberikan frasa rahsia: 'I WANT TO GREEN MALAYSIA WITH DISNEY CHANNEL AND GUA!'. 20 pemanggil pertama yang mendaftar bagi 'Jom, Hijaukan Malaysia' dan memberikan frasa rahsia ini akan memenangi beg eksluklsif HSM3.
No comments:
Post a Comment