Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Tuesday, November 3, 2009

Jom Tonton MV Pelakon Kau Dan Aku

Jom Tonton MV Pelakon Kau Dan Aku
(Diambil dari murai.com.my)


KUALA LUMPUR, 3 NOV 2009: Sabtu lalu (31 Oktober 2009), selepas tayangan drama muzikal Kau dan Aku (Episod 2) di Astro Ria, muzik video (MV) terbaru artis yang terlibat dalam drama itu seperti Aril, Akim, Mila dan Hafiz telah ditayangkan secara eksklusif buat penonton setia Astro.

Bagi yang ketinggalan untuk menontonnya, anda tidak perlu risau kerana murai.com.my yang menjadi portal hiburan rasmi Kau & Aku memberi peluang anda untuk menontonnya secara berulang-kali.

Yang pastinya, MV terbaru Hafiz Suip menerusi lagu Masih Jelas yang telah dibikin semula atas masalah tertentu turut sama ditayangkan pada hari tersebut. Difaham, MV ini telah dibuat semula oleh Pengetua Akademi Fantasia 7 (AF7), Datin Seri Tiara Jacquelina melalui produksi 10 on 10 Pictures.

Selain MV ini, Aril Pilus yang kini popular dengan lagu Menatap Matamu juga tampil dengan MV lagu berkenaan. Sebelum ini, MV lagu berkenaan telah dibuat sendiri produksi Kau & Aku bagi tujuan promosi.

Pun begitu, MV tersebut mendapat sambutan hangat dan ramai peminat Aril berulang-kali menontonnya dalam sesawang YouTube. Kini, MV rasmi lagu ini yang menampilkan pelakon dari seberang sudah pun boleh ditatap berulang-kali di murai.com.my.

Heroin untuk drama ini, Mila Jirin pula tampil dengan 2 MV baru untuk lagu Jika Kau Berubah dan Menanti. Dalam MV Menanti, Akim tampil sebagai hero yang menjadi rebutan Mila dan Noni yang sukakan Akim dalam drama Kau & Aku.

Sementara itu, murai.com.my yang bakal menjalankan Pertandingan Karaoke Kau & Aku tidak lama lagi turut menyiarkan senarai lagu dan lirik yang menghiasi drama ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton semua MV sekarang.

No comments:

Post a Comment