KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2009: Isu pemanasan global nampaknya masih terus menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh seluruh masyarakat dunia. Tidak kurang yang berusaha untuk memelihara kehijauan alam yang semakin pupus akibat pembangunan yang terlalu berleluasa.
Atas sebab itu, Saluran Disney bersama pelakon suara latar High School Musical 3 versi Malaysia khususnya Dafi dan Mila, berhasrat mengundang seluruh kanak-kanak di negara ini untuk menjayakan projek Jom, Hijaukan Malaysia!
Projek penananam pokok ini diadakan bagi tujuan memperkasa kanak-kanak yang berusia dari 9 - 14 tahun untuk membantu menghijaukan semula Paya Indah Wetlands di Kuala Langat, Selangor pada 29 November ini.
Dafi dan Mila yang memainkan suara latar sebagai Troy dan Gabriella akan mengetuai acara menanam pokok bersama-sama dengan pelakon suara latar yang lain iaitu Nana (Sharpay), Marsha (Taylor) dan Fauziah Nawi (Puan Darbus).
Pengarah Urusan dan Naib Presiden Saluran Disney Asia Tenggara, Laura E. Wendt, berkata, projek penanaman pokok ini adalah usaha positif ke arah memelihara alam sekitar.
"Jom, Hijaukan Malaysia! telah menjemput kanak- kanak berusia antara 9 -14 tahun untuk mengajak kawan-kawan mereka menyertai kempen berfaedah ini. Layarilah http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/interact/competition/treeplanting/ dan mendaftar untuk menanam pokok bersama Saluran Disney pada 29 November ini.
"Mereka juga boleh melakukannya menerusi talian bebas tol 1800 888 566 untuk mendaftar. Sungguhpun begitu, kanak-kanak mesti mendapat kebenaran dari ibubapa atau penjaga mereka sebelum mendaftar," katanya.
No comments:
Post a Comment