Dek kerana permintaan tinggi, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kini tampil dengan album kompilasi ‘single’ sembilan artis di bawah naungannya.
Menerusi album kompilasi Era Radio Hitz, 10 lagu dimuatkan khas, antaranya Menggegar Dunia (Stacy dan Adam), Sugul (Yazid), Berbicara (Isma), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi dan KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy) dan Maafkan (Anita Sarawak).
Diterbitkan oleh Warner Music Malaysia, peminat berpeluang memiliki sendiri lagu terbaik nyanyian barisan artis yang menduduki carta tertinggi radio sepanjang 2009.
Tambah menarik, lagu berjudul Bengang nyanyian Akim juga mencatat rekod lagu paling lama mengungguli carta lagu nombor satu radio Hot FM.
Di carta Era pula, Pakai Buang (Stacy) berjaya ada selama 11 minggu berturut-turut, Menatap Matamu (Aril AF7) selama enam minggu, Masih Jelas (Hafiz AF7) dan Bengang (Akim AF7) selama 24 minggu dan Jika Kau Ubah Fikiran (Mila) lima minggu.
Lagu lain yang mendaki anak tangga carta 40 Era ialah Menggegar Dunia (Stacy dan Adam), Sugul (Yazid) dan Berbicara (Isma).
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, album kompilasi ini turut menampilkan tujuh muzik video percuma.
Album kedua terbitan AESB ini dijangka ada di pasaran seluruh Malaysia akhir November ini. Kompilasi khas untuk peminat ini boleh didapati dengan harga RM21.90.
Pendengar juga berpeluang mendapatkan 10 single terhangat ini melalui nada dering di laman web Maxis, Digi dan Celcom.
No comments:
Post a Comment