Seperti episod-episod sebelumnya, episod keempat drama Kau & Aku yang disiarkan sebentar tadi di Astro Ria (saluran 104) sungguh menarik. Episod keempat lebih mengisarkan tentang sesi ujibakat yang diadakan untuk memilih penyanyi yang bakal membuat persembahan pembukaan Konsert Lisa.
Mila yang akhirnya bersetuju untuk menyertai ujibakat tersebut mula membuat latihan bersama Akim. Dalam episod keempat ini jelas memperlihatkan tentang perasaan tidak puas hati Farah dan Lisa terhadap Mila. Lebih-lebih lagi ketika Farah, Anita dan Chichi menyerang Mila ketika dia sedang membuat latihan bersama Fitri.Walaubagaimanapun semuanya terbayar apabila dapat melihat mimik muka Farah ketika dimarahi Puan Norah. Ia sememangnya mampu memuaskan hati semua penonton lebih-lebih lagi apabila terbayangkan saat-saat Farah memarahi Mila.
Selain itu, babak ketika Farah cuba mencuri borang penyertaan Mila sememangnya berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran. Siapakah yang terlebih dahulu mencuri borang penyertaan Mila? Mungkinkah Lisa yang juga menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Mila?
Walaubagaimanapun, Aril benar-benar berjaya menyelamatkan keadaan. Mila yang pada mulanya kecewa setelah mengetahui tentang kehilangan borang penyertaannya akhirnya terkejut apabila mendengar namanya dipanggil untuk membuat persembahan. Namun, Mila tetap berjaya memukau kesemua penonton yang hadir pada sesi ujibakat tersebut sekaligus mendapat tepukan yang gemuruh.
Adakah Mila terpilih untuk membuat persembahan pembukaan konsert Lisa? Siapakah yang sebenarnya mencuri borang penyertaan Mila? Inginkan jawapannya? Jangan lupa saksikan episod seterusnya Drama Kau & Aku setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.
No comments:
Post a Comment