Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Sunday, December 27, 2009

Belum sampai waktu - Mila


Belum sampai waktu - Mila
(Kredit www.utusan.com.my)

HAI saya adalah peminat setia awak. Saya harap awak sihat sentiasa. Saya nak tanya sedikit soalan kepada awak.

1. Apa perkembangan terbaharu selain berlakon dalam cerita Kau dan Aku?

2. Seronok tak berlakon dengan Ika Nabila?

3. Bila nak kahwin? Dah ada lelaki dalam hati ke?

Peminat setia Mila,
Parit Buntar, Perak.

MILA

1. Selain sibuk mempromosikan drama Kau dan Aku Mila Baru habis menjalankan penggambaran klip video Kau dan Aku nyanyian Mila dan Akim. Selain itu, Mila tengah dalam perancangan untuk merakamkan lagu baru insya-Allah.

2. Seronok sangat! Sebab Mila tak pernah berkerjasama dengan Ika Nabila sebelum ini. Sebenarnya Mila dan pelakon pelakon lain dalam kau dan aku dah macam keluarga sebab rapat sangat di Jakarta sewaktu penggambaran.

3. Kahwin? Hehehe soalan cepu emas. Sebenarnya Mia belum terfikir bila nak kawin sebab nak fokus pada nyanyian dan kerjaya Mila dahulu. Lelaki di dalam hati belum ada dan belum sampai waktu lagi untuk bercinta.

LuvMILA masih ada!

ASSALAMUALAIKUM Mila, selamat hari jadi pada 23 Disember lepas semoga dipanjangkan umur dan sudi menjawab beberapa soalan saya.

1. Bagaimana Mila nak bersaing dengan nama-nama besar yang lain memandangkan ramai bakat baru yang lagi hebat daripada anda?

2. Adakah Mila berminat dengan bidang lakonan setelah berlakon drama Kau Dan Aku?

3. Benarkah dakwaan yang produk LuvMILA menghadapi masalah dan sudah lingkup? Kalau masih ada, di manakah peminat ingin dapatkan produk LuvMila tersebut?

Shuk_Jefrri,
Kluang, Johor.

MILA

1. Tak dinafikan bukan mudah untuk menempa nama dalam industri hiburan ini kerana saban hari kita dapat lihat banyak bakat bakat baru yang di lahirkan. Jadi pada Mila, Mila percaya pada rezeki dan setiap penyanyi ada kelainan yang tersendiri dan pengikut yang tersendiri. Mila akan berusaha lebih kuat untuk menempa nama dan mengecapi lebih kejayaan dalam industri hiburan tanah air Insya Allah.

2. Mila mula jatuh cinta dengan dunia lakonan selepas berlakon dalam Kau dan Aku. Tetapi keutamaan Mila masih bidang nyanyian.

3. Dakwaan tersebut amatlah tidak berasas sama sekali. Untuk pengetahuan Shuk, Syarikat LuvMILA masih beroperasi dan telah mengembangkan sayap ke pasaran Multy Level Markerting (MLM). Bukan itu sahaja LuvMILA Corporation juga sudah mengembangkan sayap dengan tertubuhnya LuvMILA Talent & Entertainment untuk menguruskan aktiviti seni Mila selain menjalankan aktiviti yang berkaitan Hiburan dan bakat. Pada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut LuvMILA. Sila layari www.luvmila.com atau email ke luvmilaproduct@gmail.com

Masih berkawan dengan Ebi

ASSALAMUALAIKUM Mila,

Apa khabar? Harap Mila sentiasa sihat dan ceria selalu. Saya teruja apabila mula-mula dapat tahu yang Mila digandingkan dengan Akim dalam drama Kau dan Aku kerana kalian memang secocok. Saya ada beberapa soalan buat Mila.

1. Ramai yang mengatakan aksi lakonan Mila dalam Kau dan Aku agak keterlaluan. Apa komen Mila?

2. Bagaimanakah hubungan Mila dan Ebi sekarang?

3. Benarkah Mila kini menjalinkan hubungan cinta dengan Akim?

Eju,
Port Dickson

MILA

1. Hi Eju, Mila sihat alhamdulillah. Pertama sekali terima kasih kerana menonton Kau Dan Aku. Ok mengenai Lakonan Mila dalam Kau dan Aku terima kasih atas komen anda. Memang tak dinafikan Mila masih baru dan Mila sendiri masih dalam proses pembelajaran dalam bidang lakonan. Insya- Allah Mila akan perbaiki dari masa ke semasa.

2. Hubungan Mila dan Ebi macam biasa. Kami masih berkawan sebagai teman seperjuangan dalam industri hiburan.

3. Mila dan Akim tak bercinta pun Mila dan Akim hanya melakonkan watak pasangan bercinta dalam Kau dan Aku. Lagipun Akim muda dari Mila dan Mila anggap dia macam adik sahaja.

Sensitif dan kuat merajuk

HAI Kak Mila. Saya merupakan peminat setia Kak Mila. Saya ada beberapa soalan yang nak bertanya

1. Apa perkembangan terbaru Kak Mila?

2. Kak Mila lebih suka berlakon atau bernyanyi?

3. Perangai Kak Mila ni macam mana ya?

Mohd Faisal 1991,
Arau, Perlis.

MILA

1. Terima kasih atas sokongan Faisal. Perkembangan terbaru Mila akan menghasilkan satu single baru. Berkemungkinan besar genre yang bakal Mila pilih adalah yang berentak balada kerana banyak permintaan dari peminat Mila khususnya inginkan Mila menyanyikan lagu sebegitu. Insyaallah jangkaan single terbaru itu dalam awal tahun 2010.

2. Kalau di suruh Mila pilih salah satu sudah semestinya Mila pilih bidang nyanyian sebab bidang nyanyian yang membawa Mila ke dalam dunia hiburan. Tapi secara jujur Mila meminati kedua dua nya. Cuma Mila perlu membuat perancangan awal dan kena bijak membahagi masa jika ingin lebih aktif dalam bidang lakonan. Buat masa sekarang fokus Mila adalah bidang nyanyian.

3. Perangai Mila? Alah malunya nak cakap. Mila ni sebenarnya seorang yang manja dan sensitif. Mila juga kuat merajuk tau.

Tak mudah menjadi anak seni

ASSALAMUALAIKUM.

Saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya.

1. Lagu Jika Kau Ubah Fikiran adalah lagu yang menaikkan lagi nama Mila di persada seni tanah air. Komen sikit.

2. Sekarang umur Mila berapa ya? Bagaimana Mila melihat kerjaya seni sendiri?

3. Apakah cabaran yang paling mencabar apabila Mila menjadi seorang penyanyi?

Kesuma,
Kuala Lumpur.

MILA

1. Alhamdulillah lagu Jika Kau Ubah Fikiran berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air. Tak dinafikan ramai yang memberi komen yang positif kepada Mila mengenai lagu Jika Kau Ubah Fikiran itu. Bagi Mila ini satu bonus pada Mila. Jutaan terima kasih kepada pencipta lagu itu Edry (KRU).

2. Sekarang umur Mila 22 tahun. Kerjaya Seni Mila Alhamdulillah. Setelah tiga tahun bergelar anak seni segala pahit manis dah Mila lalui. Apa yang Mila boleh katakan di sini menjadi anak seni bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan ketabahan dan pada Mila sendiri masih banyak yang perlu Mila perbaiki dan kecapi dalam kerjaya Mila.

3. Cabaran? Sebenarnya banyak cabaran yang Mila perlu harungi terutama pasaran album yang makin lembap di negara kita. Mila pasti itu bukan saja cabaran pada anak seni dan penggiat seni tetapi pada industri hiburan. Jadi pada semua jangan lupa sokonglah muzik tempatan kita.

No comments:

Post a Comment