Majlis sambutan hari jadi Aril makin hampir dan ramai memperkatakan soal Aril dan Mila yang akan membuat persembahan bersama. Namun, Aril bimbang jikalau Farah menimbulkan masalah. Lalu Aril mengajak Farah membuat persembahan bersama-sama dengan konsep Aril bersama Mila, Fitri, Noni dan Farah.
Farah mengesyaki tindakan Aril mengajaknya dan gadis-gadis lain membuat persembahan adalah taktik untuk Aril mendekati Mila.
Pada masa sama, Akim kurang bersetuju Mila menyertai persembahan tersebut. Bagaimanapun, Mila pada mulanya enggan berterus-terang tentang penglibatannya terpaksa memberitahu Akim selepas Akim mula bersikap dingin dan cemburu. Mila turut memberitahu Akim yang ibunya terlibat dengan memberi sejumlah wang.
Akim sedar bahawa dia pun tak dapat membantu Mila dalam hal ini dan terpaksa memahami keadaan Mila. Namun mereka bersetuju bahawa situasi ini tidak akan mengganggu perhubungan mereka.
Sementara itu, Noni semakin cemburu melihat kemesraan Akim dan Mila akhirnya nekad untuk mendapatkan cinta Akim kembali.
No comments:
Post a Comment