Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Friday, December 4, 2009

Kau Dan Aku Episod 7

Kau Dan Aku Episod 7
(Kredit astro.com.my/kaudanaku)


Kelihatan Noni yang duduk di meja sambil matanya memerhatikan Mila dan Akim yang duduk berdua di suatu sudut lain di kafe dengan pandangan cemburu. Tanpa disedari perbuatannya itu disedari oleh Rizal. Akibat didorong dengan sifat cemburu dan ingin tahu, akhirnya Nonny memutuskan untuk mengdekati Akim & Mila, akan tetapi niatnya itu terpaksa dibatalkan apabila telefon bimbitnya berbunyi.

Wenny ditemani Nadia menemui Farish di bilik radio menyatakan hasratnya kepada farish untuk menjadi penyampai di radio Sport. Dalam masa yang sama mereka membincangkan mengenai borang Mila yang dikembalikan oleh Aril, tanpa mereka sedari Anita dan Cici mendengar perbualan mereka yang kebetulan lalu disitu.

Perkara itu sampai ke pengetahuan Farah. Ini menyebabkan Farah semakin yakin bahawa Aril benar-benar mahu berperang dengannya. Dalam masa yang sama Farah membuat perancangan untuk memalukan Aril. Aril dan Akim berkenalan ketika Asraf bermesyuarat dengan Farish bagi membincangkan sebuah pertunjukkan Basket Musical dari pasukan bola keranjang Harmoni di Radio Sport.

Aril yang merancang untuk meraikan hari lahirnya di Stage Cafe menyatakan hasratnya kepada Puan Norah. Hasratnya dipersetujui oleh puan Norah, lantas mengerahkan para pelajar untuk menjadi panitia acara tersebut. Dalam pada masa yang sama Fitri semakin sedar, dia telah jatuh cinta pada Aril disaat Aril menegurnya di koridor dan mengajaknya ke cafe. Dalam pada itu juga Aril menanyakan kepada Fitri tentang Mila. Namun Fitri bingung untuk menjawabnya.

Jangan lupa saksikan episod ketujuh Drama Kau dan Aku Sabtu ini jam 10 malam. Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton episod Kau dan Aku di telefon bimbit anda dengan hanya menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

No comments:

Post a Comment