Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Monday, December 21, 2009

Kau Dan Aku Episod 9 : Ibu Desak Mila Lupakan Akim


Kau Dan Aku Episod 9 : Ibu Desak Mila Lupakan Akim
(Kredit murai.com.my)


Disebakan Farah terpaksa bercuti ke luar negara untuk melawat ayahnya jatuh sakit, Aril berpeluang mendekati Mila. Bagaimanapun, Mila melihat ibunya (Puan Diana) muncul di kafe kolej. Mila gusar ibunya kembali menimbulkan masalah.

Ketika berborak, Aril muncul secara tiba-tiba. Mila mula risau melihat Aril dan ibunya begitu mesra. Selepas itu, Mila pergi bertemu Akim di studio dan menceritakan hubungan dingin dia dan ibunya serta punca perbalahan mereka selama ini.

Mila memberitahu ibunya pernah memaksa Mila kembali bersama Aril. Namun permintaan tersebut ditolak atas alasan Mila masuk sambung belajar. Malah, Mila juga bertindak lari dari rumah.

Sementara itu, Anita pula kecoh memberitahu Farah dengan kedatangan ibu Mila di kolej. Mila menjadi makin rumit kerana ibunya masih lagi mahu Mila kembali di sisi Aril. Apatah lagi, ibunya desak Mila lupakan Akim.

Puan Diana memberi peringatan kepada Akim agar memutuskan hubungan dengan Mila. Akim jadi bingung tetapi mujurlah ada Farish yang kembali memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Akim dan Mila nekad untuk menghadapi masalah ini bersama-sama. Disebalik konflik percintaan Mila, Akim dan Aril, persiapan untuk majlis hari jadi Aril yang dikelola Farish, Wenny dan Nadia tetap berjalan lancar. Pun begitu, Noni pula terkejut apabila mendapat tahu Akim bercinta dengan Mila.

No comments:

Post a Comment