Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Thursday, December 10, 2009

Kau Dan Aku Episod 8


Kau Dan Aku Episod 8
(Kredit astro.com.my/kaudanaku)


Fitri kelu untuk menjawab soalan Aril dan kelihatan gugup, akhirnya Fitri memberitahu bahawa Mila kini rapat dengan seseorang iaitu Akim. Aril kelihatan marah dan cemburu apabila mengetahuinya, lalu dia mula membuat cerita buruk tentang Akim dengan menyatakan Akim sebenarnya seorang playboy dan suka mendekati pelajar-pelajar baru. Fitri meragui apa yang dikatakan oleh Aril. Namun Aril memintanya untuk menjaga Mila kerana tidak ingin Mila terluka.

Sementara itu, Anita yang berada di bilik Farah ingin tahu apa yang bakal diberikan oleh Farah kepada Aril. Farah lalu membisikkan rancangannya kepada Anita dan meminta Anita untuk tidak memberitahu Chichi dan Ashraf tentang rancangannya kerana takut mereka akan menggagalkan rancangannya.

Sewaktu Mila memberitahu Fitri bahawa dia kini kekasih Akim, Fitri terkejut dan hanya mendiamkan diri. Mila hairan melihat sikap Fitri. Keesokan harinya, semua orang sibuk bercerita tentang majlis hari jadi Aril. Farish meminta Wenny dan Nadia untuk menjadi pengacara untuk Majlis tersebut nanti.

Ashraf bertanya kepada Aril apakah Mila akan menyanyi di majlisnya nanti dan Aril memberitahu bahawa ia merupakan idea yang bagus. Dia akan meminta Mila untuk menyanyi bersamanya, namun bagaimanakah caranya?

Sedang Mila berlatih menyanyi sendirian, Aril datang menemuinya dan memberitahu bahawa dia akan mengadakan majlisnya di Stage Kafe. Dia juga meminta kesudiaan Mila untuk tampil menyanyi dengannya. Mila menolak permintaan Aril dan berlalu pergi meninggalkan Aril sendirian. Aril tidak berputus asa, lalu dia teringat akan seseorang yang boleh membantunya untuk membuat Mila hadir ke majlisnya nanti. Siapakah orang itu?

Jangan lupa untuk menyaksikan Drama Muzikal Kau dan Aku episod kelapan Sabtu ini jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).

No comments:

Post a Comment