Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Saturday, October 24, 2009

Kategori Muzik-Muzik Kini Dimansuhkan


Kategori Muzik-Muzik Kini Dimansuhkan
(diambil dari murai.com.my)


KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2009: Tiada lagi lagu-lagu yang akan dipertandingkan berdasarkan kategori Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Sebaliknya, setiap lagu-lagu yang dipertandingkan mempunyai peluang sama rata untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Perubahan ketara dari segi format baru telah diperkenalkan dalam Muzik-Muzik sejak 4 April lalu yang dilihat relevan dengan evolusi semasa yang berlaku dalam perkembangan industri muzik tanah air.

Pengurus Poduksi Hiburan, Primeworks Sdn Bhd, Fadzliniza Zakaria, berkata, sejak dari dulu lagi, pihaknya sentiasa terbuka dengan cadangan, pendapat serta kehendak dalam industri muzik sendiri yang mahu menyaksikan peningkatan dalam program Muzik-Muzik.

"Sebab itulah Muzik-Muzik bagi tahun yang ke-24 ini tampil dengan format baru di mana pencalonan lagu lebih fleksibel dan ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu.

"Tujuannya adalah unyuk memberi peluang kepada penggiat-penggiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan tidak lagi terbatas kepada 3 kategori utama ini saja. Oleh itu, lagu-lagu yang dicipta akan lebih luas lagi genrenya dan ini sekaligus dapat memperkayakan lagi hasil seni negara," katanya.

Menurut Fadzliniza lagi, pihaknya juga sedar akan kemunculan banyak trend muzik baru dalam industri muzik tempatan.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik dipilih menerusi markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu selain berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut dalam carta mingguan.

Sebanyak 112 lagu-lagu telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April 2009 - 17 Oktober 2009. Daripada jumlah itu, 30 buah lagu telah layak rerpilih untuk dipertandingkan ke peringkat akhir melalui 3 tarikh secara undian.

Separuh Akhir Bahagian 1 mempertandingkan 11 lagu pada 6 November 2009, Bahagian 2 (11 lagu / 13 November) dan Bahagian 3 (8 lagu / 20 November).

Hanya 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) akan diumumkan sejurus selepas Separuh Akhir selesai yang dibuat menerusi pemarkahan juri profesional.

Semua pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik itu akan bersiaran secara langsung dari Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam mulai jam 10 malam. Jadi pastikan anda tidak terlepas!


No comments:

Post a Comment