Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Friday, October 23, 2009

Kau Dan Aku : Tayangan Perdana Muzik Video Terkini


Tayangan Perdana Muzik Video Terkini
(taken from www.astro.com.my/kaudanaku)


Meneruskan perancangan karier seni artis-artis di bawah pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) tampil dengan Muzik Video nyanyian Aril, dan Mila yang juga merupakan bintang utama Kau & Aku. Muzik video ini akan ditayangkan bermula 24 Oktober 2009 di saluran Ria jam 11.00 malam.

Di antara klip yang akan disiarkan adalah persembahan dari Aril yang telah pun disiarkan terlebih dulu di laman Youtube. Dalam tempoh 2 minggu, sebanyak 25,000 kali klip video tidak rasmi lagu Menatap Matamu nyanyian Naib Juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7), diulang tonton pelayar Youtube. Satu jumlah yang boleh dikira cukup besar untuk sebuah single yang masih baru dirakamkan.

"Menatap Matamu adalah lagu ciptaan Sharon Paul dan boleh didapati dalam versi Indonesia dan Malaysia yang dimuatkan dalam soundtrack drama Kau Dan Aku, terbitan Astro. Penggambaran muzik video Menatap Matamu ini telah diadakan di Indonesia dan mendapat sentuhan sepenuhnya daripada krew-krew Indonesia.

Selain Aril, Mila juga telah diberi peluang untuk merakamkan single, “Menanti” juga ciptaan dan lirik oleh Edry Abdul Halim. Single Mila lahir menemui para peminat setelah hampir dua tahun album juara Akademi Fantasia 5 ini diterbitkan. Single Menanti ini turut terpilih sebagai lagu latar drama bersiri Kau dan Aku.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan muzik video terkini bintang Kau & Aku di samping tiga lagi muzik video artis AESB iaitu Yang Terbaik (Marsha), Pakai Buang (Stacy) dan Menggegar Dunia (Adam & Stacy) pada 24 Oktober ini jam 11 malam di Astro Ria.

Selain saluran Ria, Muzik Video terbaru artis naungan AESB ini turut disiarkan pada 24 Oktober, jam 11.00 malam di saluran interaktif@15. Blok tayangan selama 30 minit ini akan turut disiarkan di saluran Prima, Citra, dan Warna selepas 25 Oktober.

1 comment: