KUALA LUMPUR, 23 OKT 2009: Gosip percintaan yang tercetus di antara Mila dan Akim sejurus selepas mereka menjayakan drama Kau & Aku di Astro turut menarik perhatian ahli kelab peminat (FC) mereka.
Naib Presiden, Davom (Mila FC), Eleza Zaaba, berkata, selepas menyaksikan beberapa sedutan klip tayangan Kau & Aku, dia sendiri sedari lakonan Mila dan Akim dalam drama muzikal itu nampak begitu romantis sekali.
"Sedikit-sebanyak ia boleh menerbitkan rasa cemburu di kalangan peminat fanatik Mila dan Akim. Tapi, saya harap ramai yang dapat melihat perkara ini dari sudut yang positif. Setakat apa yang saya tahu, apa yang mereka tonjolkan dalam Kau & Aku hanyalah sekadar lakonan semata-mata, tiidak lebih daripada itu. Tapi, kalau betul berlaku, ia memanglah di luar kawalan kita.
"Bagi saya drama Kau & Aku mempunyai banyak kelebihannya terutama dari sedut kerjaya seni Mila sendiri kerana ia memberi peluang kepadanya untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian," katanya kepada murai.com.my.
AJK Gafim (Akim FC), Najwa Hashim pula memberitahu, sebagai salah seorang peminat, dia tidak menafikan menyimpan sedikit rasa cemburu apabila begitu intim dan romantisnya aksi Mila dan Akim dalam drama muzikal Kau & Aku.
"Tapi selalu orang kata, kalau kita cemburu lihat lakonan mereka itu bermakna lakonan mereka itu benar-benar menjadilah. Tapi, kalau hendak tahu selanjutnya, kenalah tengok drama ini dari episod hingga episod terakhir. Apa yang jelas selepas menonton sedutan tayangan klip drama muzikal Kau & Aku ini, saya benar-benar yakin, ia akan diterima ramai khususnya golongan remaja," katanya.
Kemunculan Stacy dan Dafi hanya sebagai cameo
Apa kata wakil Aril FC, Stacy FC dan Dafi FC pula?
Presiden Aril FC, Redzuan Roslan, berkata, pembabitan Aril dalam drama muzikal ini sangat menepati karektor dirinya sendiri.
"Aril memang cukup suka menyanyi dan menari. Saya gembira sebab dia dapat buat apa yang dia suka. Andai katalah drama muzikal ini mendapat sambutan menggalakkan, mungkin Astro boleh memikirkan memindahkan ia ke layer perak pula," katanya.
Presiden Sacy Frenz, Kos Serani, berkata walaupun pembabitan Stacy hanya berbentuk cameo tetapi ia tetap mempunyai impaknya yang tersendiri dalam Kau & Aku.
"Stacy punya ramai peminat dan pasti kami akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap drama muzikal ini nanti," katanya.
AJK Dafi-FC.com. Farah Adibah Nor Azmi pula berkata, sebagaimana Stacy, pembabitan Dafi dalam drama itu hanyalah berbentuk cameo.
"Saya harap kemunculan Dafi akan memberikan impak tersendiri kepada drama ini tapi memuaskan hati peminat yang merindui kemunculan Dafi," katanya.
Drama Kau & Aku turut dibintangi Aril (AF7), Nonny (AF5), Amar Anak Wayang, Farish. Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Zoey, Azizah Mahzan, Sabrina Ali Khan, Riezman Khuzaimie dan Sharifah Saadah. Ia turut diserikan lagi oleh Hafiz (AF7).
Jangan lupa saksikan drama 26 episod ini mulai 24 Oktober 2009 ini bermula jam 10 malam di Astro Ria!
No comments:
Post a Comment