Kau dan Aku cabar Mila
(Taken from myMetro)
(Taken from myMetro)
Kini, juara Akademi Fantasia 5 (AF5) itu 'terjun' ke bidang lakonan pula. Siapa sangka, sudah rezekinya apabila dilamar untuk watak utama drama muzikal 26 episod, Kau dan Aku arahan Roslan Hussin.
Apa yang menarik, dalam drama yang disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104) bermula Sabtu ini, jam 10 malam, Mila digandingkan dengan dua artis baru dari AF7, Aril dan Akim.
Bertemakan kisah remaja yang berkisar pada persahabatan, cinta dan cita-cita, Mila akui pengalaman berlakon Kau dan Aku cukup menyeronokkan.
Kata Mila, drama itu adalah percubaan keduanya dalam lakonan selepas membintangi telefilem Cinta Meriam Buluh yang disiarkan di Astro pada Aidilfitri lalu. Sejak itu dia sudah mula 'mencintai' lakonan dan ingin terus maju dalam seni.
"Apapun, menjayakan Kau dan Aku cukup mencabar buat saya kerana proses penggambarannya dibuat selama dua bulan di Jakarta, Indonesia. Malah, lebih menduga perasaan apabila semua pelakon Kau dan Aku harus melaksanakan Ramadan di negara orang.
"Tidak dinafikan, pada mulanya agak kekok tetapi lama-kelamaan hubungan terjalin semakin mesra bagaikan satu keluarga. Namun, baru saya tahu bukan mudah menjadi pelakon. Lebih-lebih lagi, apabila diminta berlakon babak emosi dan air mata.
"Termasuk, babak gaduh dengan Akim kerana kami pasangan bercinta. Sebagai orang baru, ia menuntut saya banyak membuat latihan. Malah, memang babak menangis itu susah kerana kadang kala air mata dirasakan sudah habis untuk menjiwai watak," katanya.
Mila berkata, tiada alasan bagi seorang pelakon untuk tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Mahu atau tidak, selagi boleh dia tetap berusaha. Justeru, menurut Mila kini dia sangat berdebar menunggu apakah reaksi peminat dan penonton.
Menyentuh soal adegan peluk dengan Akim, usai gadis kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini, pada mulanya memang jelas tidak wujud 'keikhlasan' dalam lakonan itu. Namun, lama-kelamaan didapati mereka semakin serasi bergandingan bersama.
"Bagaimanapun, adegan peluk yang kami lakon itu bukan suka-suka tetapi berdasarkan konflik yang berlaku. Dalam drama ini, banyak konflik di tonjolkan seperti persahabatan dan hubungan cinta. Justeru, diharapkan penonton dapat menilainya.
"Malah, jauh di sudut hati juga saya tidak kisah dengan kritikan yang akan diterima nanti. Bagi saya, ia penting supaya tahu kekurangan dan kelebihan diri. Terus-terang, saya tidak akan mudah 'melatah' kerana kritikan juga harus diterima untuk lebih maju.
"Selain itu, menerusi Kau dan Aku juga saya turut memperkenalkan single baru, Jika Kau Ubah Fikiran. Sekali gus, ia antara promosi awal untuk album saya. Apapun, menyedari keadaan pasaran muzik sekarang saya tidak terus menerbitkan album.
"Saya mengambil inisiatif tampil dengan single sebelum akhirnya menerbitkan lagu itu dalam satu album. Ini disebabkan saya harus mengambil kira soal kos kerana bukan sedikit jumlahnya. Bahkan, yang utama bagi saya adalah kualiti," katanya.
Sehubungan itu, Kau dan Aku mengisahkan kehidupan dan cabaran sekumpulan remaja dalam mengejar cita-cita di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di situlah, segala mimpi, impian, bakat dan cinta bermula terutama di antara Mila dan Akim.
Namun, segala impian itu tidak seindah disangkakan apabila munculnya watak dengki dan iri hati terhadap percintaan mereka. Selain Mila, Aril dan Akim, drama ini turut dibintangi Raja Farah, Amar (Anak Wayang), Sherie Merlis, Farish Aziz, Zoey dan Anita Baharom.
Sejauh manakah percintaan Mila dan Akim berjaya? Apakah, ia akan 'terputus' di tegah jalan gara-gara orang ketiga? Semuanya akan terjawab dalam Kau dan Aku yang kisahnya di adaptasi dari telenovela popular Venezuela berjudul So Mos To Yo.

No comments:
Post a Comment