Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Thursday, October 29, 2009

Kau Dan Aku : Episod 2 Salah Sangka


Sinopsis Episod 2 : Salah Sangka
(diambil dari astro.com.my/kaudanaku)

Mila merasa Akim adalah budak yang baik tetapi disebabkan kejadian semalam, dia merasakan bahawa Akim hanya berpura-pura dan suka mengambil kesempatan.

Akibat dari kejadian tersebut, ramai wartawan bertanyakan Lisa dengan pelbagai soalan, termasuk Akim yang amat mengambil berat terhadap Lisa ketika dia pengsan. Tetapi, Lisa menjawab bahawa Akim bukanlah sesiapa dan hanya seorang budak teknikal yang bekerja di radio kolej Harmoni.

Mendengar pernyataan Lisa tentang Akim, ramai orang beranggapan bahawa Lisa sekarang ini semakin sombong. Akim berpura-pura tidak kisah dengan kata-kata Lisa walaupun sebenarnya dia amat kecewa dan sakit hati terhadap sikap Lisa.

Farah yang merasa Mila adalah penghalang kejayaannya, mula menyusun rencana untuk menghancurkan Mila. Dia mula mensyaki Mila dan Aril mempunyai hubungan istimewa. Kemarahan Mila semakin memuncak apabila melihat tangan Fitri ditarik oleh Akim masa di bilik berlatih muzik.

Adakah sikap marah Mila tersebut disebabkan oleh Mila cemburu? Atau memang Mila ingin melindungi Fitri dari mulut buaya seperti Akim? Apakah cerita di antara Mila, Akim dan Fitri? Untuk mendapatkan jawapannya, jangan lupa saksikan Episod 2: Drama Kau & Aku Sabtu ini jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104).

Juga jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan muzik video artis kesayangan anda, Hafiz - Masih Jelas V.2 dan Mila - Jika Kau Ubah Fikiran(original sound track of Kau & Aku drama) , buat pertama kalinya pada jam 11 malam, 31 Oktober 2009, di Astro Ria (Saluran 104).

No comments:

Post a Comment