Photobucket
Drama Hiburan 26 episod Setiap Sabtu jam 10.00malam mulai 24 Oktober 2009
Portal Rasmi Kau & Aku @ Murai.com.my
Photobucket

Monday, October 19, 2009

Mila akui kurang menyerlah selepas keluar AF


Mila akui kurang menyerlah selepas keluar AF


Nampaknya bukan semua graduan Akademi Fantasia (AF) mempunyai laluan yang mudah dalam industri hiburan kita. Bagi juara program realiti AF musim kelima, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Binti Jirin mengakui dirinya kurang popular selepas meninggalkan AF.

Namun dirinya sentiasa mencari peluang membuktikan bakat yang ada seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Atas dasar itulah Mila kini bakal muncul dalam drama terbaru terbitan Astro Ria, Kau dan Aku.

Berlakon buat pertama kali bukanlah mudah bagi insan bernama Mila ini. Mengakui agak kekok ketika bekerjasama dengan Akim dan Aril dalam drama tersebut namun harus diteruskan atas dasar profesional.

"Mila rasa susah sangat berlakon sebab ambil masa yang lama untuk habiskan penggambaran. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan di Jakarta selama dua bulan berturut-turut.

"Mila terima watak ini sebab ianya drama muzikal yang memerlukan Mila menyanyi dan juga berlakon. Namun sekarang Mila masih utamakan nyanyian.

"Sekali sekala boleh berlakon namun perlukan masa yang panjang untuk fokus kerana bukan senang Mila nak menghayati watak," ujarnya ketika ditemui di sidang media Kau dan Aku yang bertempat di Rainforest Sports Bar, Pavilion.


Menjalani penggambaran di Indonesia tatkala dilanda gempa bumi yang mengancam Padang, Sumatera Barat, Indonesia merupakan tragedi yang tidak mungkin dapat dihilangkan daripada kotak ingatan.

"Masa gempa Mila tengah tukar baju, Mila tak pernah rasa gempa so bila kawan-kawan suruh lari, Mila pun lari lah," ujarnya sambil ketawa.

Belum Berpunya

Walaupun Mila kerap diterjah dengan gosip-gosip liar, namun empunya diri ini mengakui dirinya masih solo.

"Mila masih single tapi tak tahulah Akim single lagi ke tak (ketawa). Tak adalah, kalau boleh Mila nak lelaki yang lebih matang. Tak mungkinlah Mila akan terima Akim kerana dia muda lagi.

"Dengan Aril lagi Mila tak boleh sebab dia nakallah. Walaupun agak malu-malu namun semuanya mula serasi bila banyak menghabiskan masa bersama di Jakarta semasa penggambaran Kau dan Aku," ujarnya yang kini muncul dengan singler terbaru Jika Kau Ubah Fikiran.

No comments:

Post a Comment