Episod pertama drama Kau & Aku yang disiarkan sebentar tadi di Astro Ria (saluran 104) sememangnya tidak mengecewakan penonton. Lakonan Mila, Akim dan Aril sememangnya boleh dipuji. Walupun baru bermula kehebatan drama ini sudah dapat dirasai.
Walaupun masih terlalu awal, namun tidak keterlaluan sekiranya ucapan tahniah diberikan kepada ketiga-tiga bintang ini kerana dapat menjiwai watak masing-masing dengan baik. Adegan pergaduhan antara Mila dan Farah sangat meninggalkan kesan kepada penonton. Elemen-elemen geram, lucu, dan marah bercampur-baur dan menjadikan ia sangat menarik.
Paling menarik ketika Mila membuat persembahan semperna majlis sambutan pelajar baru di kolejnya. Keikhlasan Mila menyanyikan lagu Kau & Aku sememangnya dapat dirasai dan sekaligus membuatkan penonton terpegun mendengar kelunakan suaranya.
Apa pula kisah yang berlaku dalam episod kedua Kau & Aku minggu hadapan? Tak sabar rasanya nak mengetahui apa pula yang aku berlaku. Jadi jangan lupa saksikan episod seterusnya Drama Kau & Aku setiap Sabtu jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104).
Nape tak cite psl episod satu????
ReplyDeleteErm... anyone.. skarang ni sya dah lame x tgk citer kau dan aku.. so sya saje je la nak tgk.. nk ingat balik.. sebab dah lupe2 sikit... ade sesape x tahu camne nk tgk full epic ni dari 1 smpi 26? sya cari tapi x lh nk tgk la...
ReplyDelete